![]() |
Impian sejak kecil? |
Penyerang United itu menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit untuk mengesahkan kemenangan dalam perlawanan penting di Theatre of Dreams, di mana United akhirnya berjaya mengatasi asakan lewat permainan pelawat untuk memungut tiga mata dan sekaligus memintas Manchester City dengan satu mata di persada liga.
Rooney, yang telah menjaringkan 17 gol liga musim ini, juga menegaskan United bermain dengan lebih baik berbanding Liverpool dan percaya bahawa perlawanan sudahpun berakhir pada permulaan separuh masa kedua setelah dua gol beliau seolah-olah menyentap semangat pasukan lawan.
Dalam temubual dengan MUTV, Rooney berkata: "Ia merupakan perasaan yang hebat untuk menjaringkan dua gol menentang Liverpool di Old Trafford, yang mana membantu kami memenangi perlawanan dan tiga mata penuh, is juga merupakan impian saya sejak daripada kecil.
"Saya rasa Liverpool datang dengan matlamat untuk mengecewakan kami dengan bertahan di belakang bola, mereka berjaya melakukannya namun kami terus memberikan asakan dan mendedahkan (pertahanan) mereka beberapa kali.
"Mungkin kami sepatutnya lakukan lebih baik di depan gol jadi apabila tamat separuh masa pertama dengan kedudukan masih 0-0, kami tahu kami perlu lebih tumpuan dan tangkas bertindak..
![]() |
Rooney melakukan volley untuk gol pertama. |
Rooney juga memberikan penghargaan kepada Antonio Valencia, yang terus mempamerkan prestasi terbaik termasuk assist untuk gol kedua United, dan pada masa yang sama memberikan tempoh sukar buat bek kiri Liverpool Jose Enrique di bahagian sayap kanan.
*sumber - manutd.com
No comments:
Post a Comment