Friday, February 10, 2012

Tom Cleverley mungkin diturunkan menentang Liverpool.

     Tom Cleverley bakal disenaraikan dalam pasukan Manchester United untuk perlawanan liga menentang  Liverpool Sabtu ini, sekiranya beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan pada perlawanan pasukan simpanan.

     Pemain 22 tahun itu tidak dapat beraksi buat pasukan Sir Alex Ferguson sejak mendapat kecederaan buku lali pada hujung Oktober lalu, namun mungkin disenarai sebagai pemain simpanan pada perlawanan di Old Trafford

     Cleverley berlatih sepenuhnya pada hari Rabu dan diletakkan dalam senarai bersedia untuk diturunkan pada perlawanan pasukan simpanan menentang pasukan City’s Elite Development dalam Manchester Senior Cup.

     Beliau yang mendapat kecederaan tersebut ketika perlawanan di Goodison Park menentang Everton, akan dipantau oleh pengurus Sir Alex Ferguson, yang merancang untuk menyenaraikan Cleverley sebagai salah seorang pemain gantian pada perlawanan Sabtu ini menentang Liverpool jika beliau tidak mengalami apa-apa kesan daripada perlawanan simpanan nanti.

     Sir Alex berharap dapat menurunkan Cleverley untuk baki musim ini. Pemain midfield itu telah memantapkan dirinya dalam kesebelasan utama pada permulaan musim, dan membuat tujuh penampilan namun diketepikan sejak kemenangan 1-0 United ke atas Everton pada 20 Oktober.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...