Thursday, February 9, 2012

Top 5 - Gol jaringan Park Ji Sung dalam perlawanan besar.

     Park Ji Sung sering kali dilabel media dan penyokong Manchester United sebagai pemain untuk perlawanan besar. Setelah mencatat penampilan ke 200 beliau bersama United pada pertemuan dengan dengan Chelsea Ahad lalu, kita imbas top 5 jaringan beliau dalam perlawanan besar.


5. Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Sep 2008, Liga Perdana, Stamford Bridge.

     Gol penyamaan lewat permainan Salomon Kalou mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea di laman sendiri dan mendapat satu mata berharga menentang Manchester United.

     Park Ji-Sung meletakkan United di depan selepas 18 minit selepas penjaga gol Petr Cech gagal menangkap kemas cubaan Dimitar Berbatov.

     United kehilangan khidmat penjaga gol Edwin van der Sar disebabkan kecederaan pada separuh masa pertama dan ini diambil kesempatan oleh Chelsea menguasai perlawanan.

     Joe Cole dan Nicolas Anelka mensia-siakan beberapa peluang sebelum pemain gantian Kalou menanduk masuk gol penyamaan 10 minit sebelum tamat perlawanan.

4. Arsenal vs Manchester United 1-3, 31 Jan 2010, Liga Perdana, Emirates Stadium.

     Pasukan Sir Alex Ferguson mempamerkan persembahan menakjubkan dengan counter-attack berbisa yang diinspirasi oleh Wayne Rooney dan Nani.

     Pemain sayap Portugal itu yang selama ini jarang mempamerkan aksi bertenaga dan menyerang, namun pada 45 minit pertama beliau memberikan tempoh sukar buat bek kiri Arsenal Gael Clichy dan memastikan United berkelebihan dua gol pada rehat separuh masa.

     Nani mengelirukan Arsenal dengan kemahiran tersendiri dan memaksa penjaga gol Arsenal Manuel Almunia menepis hantaran ke dalam gawang sendiri selepas minit ke 33. Beliau kemudian mencipta gol buat Rooney yang menjaringkan gol liga ke 100 empat minit kemudian. United sekali lagi memerangkap Arsenal dengan menukar pertahanan kepada serangan. Rooney membawa bola menuju gawang Arsenal sebelum melorongkan bola kepada Park untuk gol ketiga.


3. Manchester United vs AC Milan 4-0, 10 Mac 2010, Champions League, Old Trafford.

     Kepulangan David Beckham ke Old Trafford berakhir dengan kekecewaan apabila pasukannya AC Milan tewas kepada Manchester United dalam perlawanan 16 pasukan Champions League.

     Harapan pasukan dari Itali itu untuk melangkah ke suku akhir sudahpun berkubur tatkala Beckham yang masuk sebagai pemain gantian menerima tepukan gemuruh penyokong dengan United mendahului dengan 3-0 - dan Wayne Rooney adalah pemain yang bertanggungjawab mengulangi kejayaan dua gol pada perlawanan pertama di San Siro.

     Rooney menanduk masuk gol pertama hasil hantaran Gary Neville dan menambah jaringan sejurus selepas rehat hasil gerakan cantik Nani di sebelah kiri sayap. Ji-Sung Park menjaringkan gol ketiga selepas minit ke 60 dan United menguasai sepenuhnya perlawanan selepas itu. Darren Fletcher melengkapkan malam gemilang United dengan menjaringkan gol keempat dengan tandukan daripada hantaran Rafael tiga minit sebelum tamat.


2. Arsenal vs Manchester United 1-3, 05 Mei 2009, Champions League, Emirates Stadium.

     Harapan Arsenal untuk menghapuskan defisit satu gol pada perlawanan pertama berakhir hanya selepas 11 minit dengan United menjaringkan dua gol untuk menenggelamkan para penyokong tuan rumah di Emirates Stadium. Ji-Sung Park menjaringkan gol pertama selepas pertahanan Arsenal Kieran Gibbs terjatuh pada saat-saat penting selepas lapan minit permainan. Hanya tiga minit berselang sepakan percuma Cristiano Ronaldo daripada jarak 40 ela menewaskan penjaga gol Manuel Almunia untuk gol kedua.

     Gol kedua Ronaldo hadir pada minit ke 61 hasil gerakan klasik counter-attack. Bermula daripada sepakan sudut Arsenal yang dikeluarkan oleh Nemanja Vidic terus kepada Park yang seterusnya melorongkan kepada Wayne Rooney  di sebelah kiri. Penyerang England itu kemudiannya melorong kepada Ronaldo untuk menyudahkannya dengan bergaya.


1. Manchester United vs Liverpool 2-1, 21 Mac 2010, Liga Perdana, Old Trafford.

     Manchester United bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Liverpool di Old Trafford dan kembali ke puncak liga. Fernando Torres menjadi musuh United sekali lagi apabila menanduk masuk gol pendahuluan hasil hantaran Dirk Kuyt hanya selepas lima minit untuk mengembalikan kenangan kemenangan 4-1 Liverpool di sini musim lalu - namun United mahu membalas dendam ke atas seteru tradisi mereka itu.

     Liverpool marah apabila United dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Howard Webb. Antonio Valencia ditarik daripada belakang oleh Javier Mascherano di dalam kotak penalti. Wayne Rooney gagal menyempurnakan penalti pada sepakan pertama namun tindakan pantas beliau selepas penjaga gol Pepe Reina hanya mampu menepis bola untuk menyudahkan gol penyamaan.

     United terus menyerang dan hasilnya mendapat gol kemenangan selepas satu jam perlawanan apabila hantaran Darren Fletcher ke dalam kotak penalti Liverpool ditanduk masuk Ji-Sung Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...