Wednesday, February 15, 2012

Javier Hernandez mahu menang menentang Ajax.

     Javier Hernandez berkata Manchester United mensasarkan untuk memulakan perjalanan dalam Europa League dengan kemenangan mengatasi Ajax di Amsterdam. United akan berdepan kelab Belanda itu untuk kali kedua dalam sejarah kejohanan Eropah, iaitu pada pusingan 32 pasukan terakhir.

     Kemenangan tunggal United pada peringkat Eropah musim ini adalah pada Oktober lalu ketika menentang pasukan dari Romania Otelul Galati, semasa kempen mengecewakan Champions League.

     Dan dengan Sir Alex Ferguson telahpun mengesahkan bahawa beliau akan menurun pasukan terkuat di Amsterdam ArenA, United mahu memastikan mereka berada di landasan kukuh menjelang perlawanan kedua di Old Trafford minggu depan.

     "Bermain di gelanggang sendiri untuk perlawanan kedua sangat penting namun hanya ia sekadar kelebihan kecil - ia tidak menjamin kemenangan," Hernandez memberitahu MUTV.

     "Ia pastinya perlawanan sukar namun kami akan pergi ke Amsterdam untuk menang.

     "Champions League adalah kejohanan terbaik peringkat Eropah dan ia sedikit ganjil untuk berada dalam Europa League. Namun kami mahu menang setiap kejohanan yang disertai.

     "Kedua pasukan mempunyai sejarah tersendiri dalam kejohanan Eropah, maka ia pastinya menjanjikan perlawanan hebat."

*sumber manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...