Wednesday, February 8, 2012

Dimitar Berbatov mahu lebih masa bermain.


     Dimitar Berbatov dijangka kekal di Manchester United melangkaui musim ini namun mengulangi rasa tidak puas hati dengan kurangnya peluang beraksi di Old Trafford.

     Pemain 31 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan bulan Januari lalu namun tiada perjanjian dimeterai dan sekarang dijangka United akan mengaktifkan lanjutan kontrak setahun - klausa yang disertakan semasa beliau menandatangani perjanjian perpindahan daripada Tottenham ke United pada 2008.


     Berbatov memberitahu laman web sukan Bulgaria  www.sportal.bg:  "Saya masih pemain Manchester United, namun saya tidak dapat bermain sebanyak mana yang saya mahukan. Saya tidak gembira kerana tidak dapat bermain. Namun saya tidak dapat salahkan sesiapa, terutama di media. Apabila saya mempunyai sesuatu untuk diperkatakan, saya akan bertemu secara semuka dengan pengurus. Beliau memutuskan segala-galanya."

     Bercakap mengenai masa depan beliau di United, Berbatov menambah: "Tiada apa yang konkrit setakat ini ditawarkan kepada saya. Saya ada membaca mengenainya, namun itu semua adalah spekulasi. Saya tidak tahu berapa lama saya akan berada di Manchester United.

     "Pada pengetahuan saya klausa untuk melanjutkan kontrak saya untuk setahun lagi akan aktif secara automatik pada bulan Mac. Selebihnya saya tidak tahu apa-apa."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...