Monday, October 1, 2012

Blast from the Past - Kali terakhir Manchester United tewas kepada Spurs di Old Trafford.


     Manchester United akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Tottenham di Old Trafford selepas mempertahankan rekod tanpa kalah selama hampir 23 tahun. Kali terakhir Spurs pulang dengan tiga mata ialah pada 16 Disember 1989, di mana gol tunggal penyerang England Gary Lineker cukup untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan London itu.

     Kini badi tersebut berjaya diatasi pasukan bimbingan Andreas Villas Boas dengan United dengan pertahanan yang goyah seolah-olah tidak bermain pada separuh masa pertama. Kita imbau perlawanan 23 tahun lalu dengan pengurus Alex Ferguson hanya tiga tahun dilantik sebagai pengurus.

Manchester United vs Tottenham 0-1, 16 Disember 1989, Liga Divisyen Satu, Old Trafford. 

     Spurs hanya menang lima perlawanan liga di Old Trafford sejak 50 tahun lalu, yang terkini sebelum era Liga Perdana diperkenalkan.

     Dalam perlawanan yang agak sengit penjaga gol Spurs Bobby Mimms kerap menyelamatkan percubaan penyerang United iaitu Mark Hughes dan Brian McClair, sementara Paul Stewart dan Gary Lineker beberapa kali menyaksikan cubaan mereka terkena tiang gol.

     Pemain antarabangsa England Lineker menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 68, bermula daripada hantaran Paul Gascoigne di sayap kiri sebelum meluru ke arah gawang United dan sepakan lencong beliau menewaskan Jim Leighton.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...