Wednesday, October 3, 2012

Alex Ferguson harap Wayne Rooney dan Robin Van Persie berganding mantap.



     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson memuji penyerangnya Wayne Rooney dan Robin van Persie selepas gandingan mereka memastikan kemenangan United ke atas CFR Cluj dalam Champions League. 

     United terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal kelab Romania itu, dengan Pantelis Kapetanos menyudahkan hantaran dari sayap kanan akibat kealpaan benteng United.

    Walaubagaimanapun United kembali mengawal perlawanan, dengan Rooney membantu mencipta kedua gol Van Persie untuk memastikan pasukan pelawat meninggalkan Transylvania dengan tiga mata penuh dan Ferguson berharap keduanya mampu berganding mantap dalam perlawanan seterusnya.

      "Kekuatan pasukan adalah pada posisi serangan," pengurus 70 tahun itu memberitahu ITV. "Hantaran dan penyudah (untuk gol kedua) keduanya sama bagus. Ia penyudah hebat namun hantaran Wayne begitu bagus - saya kira ia tersasar namun Robin melakukan terbaik untuk mendapatkannya.

     "Ia agak sukar untuk diperkatakan (mengenai gandingan mereka berdua). Saya harap. Saya fikir ia kombinasi antara beberapa pemain."

     Ferguson juga memuji semangat juang pasukan tuan rumah sepanjang perlawanan dan menegaskan walaupun agak gementar, sebarang kemenangan di tempat lawan perlawanan Eropah selalunya adalah baik.

     "Saya berpuas hati dengan penguasaan permainan, konsentrasi amat baik malam ini." tambah Ferguson. "Selain daripada gol, kami bertahan dengan baik, David (de Gea) menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pada penghujung perlawanan. Saya berpuas hati. Bermain di tempat lawan pada perlawanan Eropah tidak mudah dan mereka memiliki rekod yang baik di tempat sendiri."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...