Monday, October 8, 2012

Wayne Rooney - Saya tidak gusar dengan kemarau gol asalkan United menang.


     Penyerang Manchester United Wayne Rooney menegaskan beliau tidak gusar dengan kemarau gol beliau musim ini selagi United mencatat kemenangan.

     Pemain England itu masih belum menjaringkan gol musim ini malah bermain di posisi yang lebih ke dalam di bahagian midfield ketika kemenangan ke atas Newcastle.

     Pasukan Sir Alex Ferguson mengejutkan tuan rumah dengan dua gol awal menerusi sepakan penjuru dalam masa 20 minit pertama sebelum cubaan jauh Tom Cleverley mengesahkan kemenangan 3-0 United.

     Dan selepas bekas pemain Everton diletakkan di posisi midfield di Sports Direct Arena, beliau menegaskan komitmen untuk melakukan yang terbaik buat pasukan.

     "Saya tidak risau (tidak menjaringkan gol), selagi kami terus menang," Rooney memberitahu Sky Sports. "Kami punyai pemain-pemain lain yang mampu menjaringkan gol selain diri saya.

     "Saya tidak gusar, jika ia datang maka ia akan datang namun jika tidak, selagi kami mampu mencatat kemenangan saya tidak perlu risau mengenainya.

     "Enam perlawanan liga pertama kami di bertahan dengan baik dan bukan sahaja empat pemain benteng pertahanan, ia tanggungjawab keseluruhan pasukan. Saya fikir hari ini kami bermain cemerlang, mereka (Newcastle) sangat fizikal.

     "Kami tahu kami perlu bertahan dengan lebih baik dan kami berjaya melakukannya dan jaringkan tiga gol. Ia perlawanan yang kami tumpukan sepenuhnya dan kami perlu mengekalkannya hingga penghujung musim jika ingin mengecap sebarang kejayaan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...