Tuesday, October 16, 2012

Trio bakal kembali perkuat pasukan United.


     Sir Alex Ferguson mendapat khabar gembira daripada 'bilik rawatan' sekaligus memudahkan beliau dalam pemilihan kesebelasan utama Manchester United.

     Chris Smalling dan Ashley Young keduanya bakal kembali Sabtu ini berdepan Stoke, sementara Phil Jones hanya tinggal dua minggu untuk cergas sepenuhnya.

     Smalling diketepikan sejak perlawanan terakhir di Old Trafford musim lalu akibat kecederaan pangkal paha dan kemudian retak tulang metatarsal.

     Beliau pulih daripada kecederaan pangkal paha yang dialami ketika menentang Swansea pada Mei lalu, namun kemudian retak tulang kaki pada pra-musim. Pertahanan England itu kembali berlatih sepenuhnya minggu lepas di Carrington dan bersedia untuk diturunkan berdepan Potters.

     Smalling akan menambah pilihan pengurus Alex Ferguson di posisi pertahanan tengah, di mana beliau bergantung kepada Rio Ferdinand dan Jonny Evans sejak kapten Nemanja Vidic menjalani pembedahan lutut.

     Manakala Jones bakal menyusul kemudian dan memberikan pilihan kepada Ferguson, selepas beliau melakukan pembedahan lutut. Beliau dijangka boleh diturunkan berdepan Arsenal pada 03 November.

     Pemain sayap Ashley Young juga cergas untuk berdepan Stoke. Beliau terlepas aksi lapan perlawanan selepas cedera lutut ketika menentang Fulham Ogos lalu namun telah kembali berlatih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...