Monday, October 29, 2012

Jonny Evans kagum dengan semangat pasukan.


   
     Jonny Evans kagum dengan karektor dan semangat yang ditunjukkan rakan sepasukan selepas mencatat kemenangan pertama liga di Stamford Bridge sejak 2002. United bermula hebat dengan di depan dengan dua gol sebelum Javier Hernandez menjaringkan gol kemenangan selepas Chelsea menyamakan kedudukan.

     Dengan hanya satu mata di belakang Chelsea dalam kedudukan liga, United mempamerkan pertahanan kental dan fokus terutama selepas the Blues bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan.

     "Saya fikir ini merupakan perlawanan yang sukar setakat ini, terutama penghujung separuh masa pertama," Evans memberitahu Sky Sports. "Chelsea memberikan tekanan kepada kami. Ia memang perlawanan sukar dan kami bernasib baik untuk menamatkan masa pertama dengan kedudukan 2-1. 

     "Perlawanan yang sangat sukar dan memang kami jangkakan tekanan daripada tuan rumah. Mereka berjaya mendapat gol penyamaan dan penyingkiran pemain (Ivanovic dan Torres) dan kami berjaya menamatkan perlawanan di depan."

   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...