Monday, January 7, 2013

Alex Ferguson kagum dengan gol penyamaan Van Persie.


     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson melabelkan prestasi yang dipamerkan Robin van Persie selepas masuk sebagai pemain gantian semasa perlawanan Piala FA menentang West Ham adalah 'terhebat'.

     Beliau juga mengakui tidak pernah putus harapan walaupun ketinggalan 2-1 kepada tuan rumah walaupun perlawanan masih berbaki 30 minit.

     Penyerang Belanda itu masuk pada lewat babak kedua perlawanan dan menjaringkan gol penyamaan penting pada minit ke 90, menjadikan kedudukan seri 2-2 sekaligus memastikan ulangan perlawanan pusingan ketiga di Old Trafford.

     Van Persie berjaya menahan kemas hantaran lintang jauh Ryan Giggs sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol West Ham Jussi Jääskeläinen.

     Ferguson memuji penyerangnya selepas dimasukkan, berkata kehadiran van Persie memberikan elemen kematangan dalam serangan United.

     "Beliau pada usia matang sekarang." Ferguson memberitahu pemberita. "Beliau memberikan kematangan pada jentera serangan dan prestasi beliau amat hebat."

     Ditanya adakan beliau putus harapan dengan keupayaan United mendapatkan gol penyamaan lewat menentang West Ham, Ferguson mengakui beliau tidak pernah sama sekali.

     "Anda tidak akan (putus harapan) dengan pasukan kami," Ferguson said. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...