Tuesday, January 8, 2013

Top 5 - Kebangkitan Manchester United dalam Piala FA.

     Robin van Persie muncul wira di West Ham Sabtu lalu sekaligus melakar namanya dalam sejarah gemilang United dalam Piala FA.

     United menunggu hingga lewat babak perlawanan untuk memaksa perlawanan ulangan dan tempat dalam undian pusingan keempat tatkala penyokong-penyokong Hammers telah mengimpikan kemenangan bersejarah.

     Jelasnya, ini bukanlah kali pertama dan terakhir United menjaringkan gol lewat perlawanan untuk kekal dalam kejohanan. Kita imbas top 5 kebangkitan United apabila gol dalam masa 10 minit terakhir memastikan United tidak tersingkir daripada kejohanan kalah mati tertua dunia ini.

5. Aston Villa vs United 2-3, 06 Januari 2002, Pusingan Ketiga, Villa Park.


     Ketinggalan 2-0 dan berbaki 13 minit, United bangkit dengan dua gol jaringan pantas Ruud van Nistelrooy yang menewaskan bekas penjaga gol lagenda Peter Schmeichel untuk menambah jaringan penyamaan Ole Gunnar Solskjaer sebelumnya. Beberapa penyokong United memasuki padang mengerumuni penyerang Belanda itu.


4. United vs Liverpool 2-1, 24 Januari 1999, Pusingan Keempat, Old Trafford.

     Sekali lagi kemenangan dicapai di saat kekalahan dilihat hampir pasti. Dwight Yorke menyamakan kedudukan hasil gol awal pelawat daripada Michael Owen dan dengan perlawanan tinggal beberapa minit, sebelum Solskjaer menjaringkan gol kemenangan dalam laluan kejayaan bersejarah Treble.


3. United vs Sunderland 2-2, 06 Januari 1996, Pusingan Ketiga, Old Trafford.

     Pemain kesayangan penyokong setia United Eric Cantona perlu menyamakan kedudukan dengan baki 10 minit perlawanan selepas Rokerites menafikan cubaan Nicky Butt. Andy Cole menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90 pada perlawanan ulangan di Wearside untuk memastikan laluan United dalam memenangi kejohanan musim ini.

2. Oldham vs United 1-1, 10 April 1994, Separuh Akhir, Wembley.

     Masa semakin suntuk dan kemenangan bersejarah semakin hampir buat pasukan Latics kendalian Joe Royle namun Mark Hughes melakukan sepakan volley sensasi pada masa kecederaan masa tambahan sekaligus mengecewakan Oldham dalam laluan bergelar juara berganda pertama kelab.

1. Crystal Palace vs United 3-3, 12 Mei 1990, Akhir, Wembley.


     Dengan berbaki tujuh minit, peluang Alex Ferguson menjulang trofi sulung semakin pantas terlepas genggaman. Hughes dengan tenang menjaringkan gol kedua peribadi menewaskan Nigel Martyn dan gol tunggal Lee Martin memastikan kemenangan pada perlawanan ulangan dan selebihnya adalah sejarah.

sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...