Wednesday, January 9, 2013

Gosip - Manchester United berkedudukan utama dapatkan pemain £12juta Crystal Palace Wilfried Zaha.

     Laluan Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Crystal Palace Wilfried Zaha semakin cerah selepas Tottenham menegaskan mereka tidak lagi dalam perebutan mendapatkan pemain muda itu.

     Difahamkan United berada dalam kedudukan utama untuk memeterai perjanjian, dengan saingan kelab-kelab lain kerana, secara peribadi, mereka percaya Sir Alex Ferguson telah berjaya mendapatkan pemain itu.

     Zaha menjadi pemain terhangat masa kini yang bermain luar dari Liga Perdana, dan peningkatan beliau untuk bermain pada tahap tertinggi tidak dapat dinafikan lagi.

     Isu utama adalah bila, bukan jika, ia akan berlaku dengan Crystal Palace berharap dapat mengekalkan pemain 20 tahun itu hingga sekurang-kurangnya musim panas akan datang.

     Spurs walaubagaimanapun menjarakkan diri mereka daripada Zaha, namun difahamkan beberapa kelab Liga Perdana lain yang mengikuti perkembangan ini telah menarik diri kerana percaya beliau pasti memilih United.

     Palace berharap perjanjian akan dimeterai bulan ini dan United akan bersetuju meminjamkan Zaha untuk baki musim ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...