Monday, January 14, 2013

Danny Welbeck - Robin Van Persie 'dalam kelas berbeza' selepas kemenangan ke atas Liverpool.


     Danny Welbeck melabel rakan sepasukan Robin van Persie 'kelas yang berbeza' selepas penyerang Belanda itu menjaringkan gol ketika kemenangan 2-1 United ke atas Liverpool.

     Pemain 29 tahun itu menyempurnakan hantaran Patrice Evra sebelum Nemanja Vidic memesongkan tandukan pemain Perancis itu untuk gol kemenangan.

     Pemain antarabangsa England itu juga memuji persembahan keseluruhan pasukan, menegaskan United perlu menang setiap perlawanan untuk mengekalkan kelebihan di persada liga.

     Welbeck memberitahu Sky Sports: "Robin dalam kelas yang berbeza, beliau mencipta detik hebat dalam perlawanan di mana pemain lain tidak dan kami bangga beliau berada dalam pasukan. Sebagaimana yang beliau tunjukkan hari ini, menjaringkan gol.

     "Saya fikir musim ini, kami perlu mendapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan. Itu yang kami sasarkan hari ini dan ia berlaku.

     "Kami punyai strategi perlawanan dan saya rasa ia menjadi terutama separuh masa pertama. Masa kedua, mereka (Liverpool) mula memberi tekanan namun kami beraksi baik sepasukan."

     Pemain 22 tahun itu gagal menjaringkan gol namun beraksi cemerlang di bahagian serangan, mengucar -kacirkan pertahanan pelawat serta mencipta peluang buat rakan sepasukan lain.

     Beliau menambah: "Saya perlu bekerja keras setiap perlawanan, dan apabila saya diberi peluang bermain, saya akan memberikan yang terbaik untuk pasukan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...