Monday, February 4, 2013

Chicharito - Manchester United mahu treble.


     Penyerang Manchester United  Javier Hernandez berharap dapat membantu United mengulangi kejayaan bersejarah treble 1999 selepas layak ke pusinga kelima Piala FA dengan menewaskan Fulham di Old Trafford.

     Pemain antarabangsa Mexico itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 Sabtu lalu, kejohanan yang belum dimenangi pasukan Sir Alex Ferguson sejak musim 2003/04.

     United akan berdepan Real Madrid dalam 16 pasukan terakhir dan sedang mendahului Liga Perdana, dan Hernandez menegaskan United mahukan tiga trofi.

     "Kami mahu menang ketiga-tiga trofi," beliau memberitahu Manchester Evening News. "Kami mahukan kejayaan treble.

     "Ia dalam minda kami. Kami perlu fokus satu demi satu perlawanan, dapatkan mata penuh dalam liga dan layak dalam kejohanan piala."

     Walaupun menjaringkan dua gol, Hernandez masih dalam pemburuan hatrik pertama sebagai pemain United namun kejayaan pasukan lebih penting daripada individu.

     "Saya sentiasa mahukan hatrik," akui pemain Mexico itu. "Namun apa yang lebih penting sekarang ialah memenangi treble.

     "Selepas ini dua perlawanan liga (Southampton dan Fulham). Kemudian perlawanan persahabatan antarabangsa, perlawanan liga dan seterusnya Real Madrid, maka jadual perlawanan pastinya ketat dan kami tak sabar untuk melakukan yang terbaik."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...