Tuesday, February 5, 2013

Wayne Rooney - Kejuaraan liga semakin hampir.


     Penyerang Manchester United Wayne Rooney meletakan harapan pasukannya mampu meraih kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas kemenangan 1-0 ke atas Fulham.

     Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol ke 10 dalam 10 perlawanan, gol yang punyai persamaan dengan gol kemenangan di Craven Cottage dijaringkan bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo pada 2007.

     United akhirnya muncul juara liga musim tersebut dan Rooney berharap kesamaan antara dua situasi akan memberikan petanda yang baik.

     "Saya berharap untuk menjaringkan gol," beliau memberitahu pemberita. "Ia ada sedikit persamaan dengan gol Cristiano (Ronaldo). Selepas gol itu kami menjuarai liga dan diharapkan itu akan berulang lagi.

     "Kami punyai banyak peluang terutama separuh masa pertama. Seketika anda terfikir ini bukan hari anda, namun kami terus mengasak dan akhirnya berjaya mendapat gol penting dan tiga mata.

     Kapten Manchester United Patrice Evra juga memuji semangat rakan sepasukan lain berikutan kemenangan penting di barat London.

     Pertahanan Perancis itu menambah: "Kami ada mentaliti untuk menang. Ini semangat Manchester United. Itu adalah kekuatan dimiliki pengurus. Itulah apa yang beliau tanamkan dalam diri setiap pemain setiap tahun. Kami mahu menang setiap perlawanan, tidak kira siapa lawan kami."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...