Monday, September 3, 2012

Robin van Persie - Peranan Scholes sangat penting.

     Robin van Persie memuji sumbangan Paul Scholes selepas lagenda United itu masuk sebagai pemain gantian dan membantu kemenangan United di Southampton semalam.

     Tatkala tuan rumah mendahului 2-1, Scholes dimasukkan Sir Alex Ferguson untuk mengemudi bahagian midfield dalam usaha mendapatkan kemenangan di St Mary.

     Walaupun dinamakan pemain terbaik perlawanan dengan jaringan hatrik, van Persie memuji impak rakan sepasukan dalam kemenangan dramatik 3-2 itu.

     "Sudah tentu semua pemain bekerja keras, namun saya perlu berterima kasih kepada Paul Scholes kerana  segalanya menjadi selepas beliau masuk (ke padang)," van Persie berkata dalam temubual dengan Sky Sports.

     "Setiap hantaran beliau adalah tepat. Semua pemain pastinya setuju - saya sudah pasti setuju. Terdapat beberapa hantaran tepat melebihi 30 ke 40 meter. Dengan beliau (bermain bersama) anda sentiasa bersedia kerana apa saja boleh berlaku dengan kualiti yang beliau miliki. Bagi saya beliau pemain terbaik perlawanan."

     Van Persie memberikan impak hebat dengan telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan setakat ini, statistik yang pastinya dialu-alukan para penyokong di Old Trafford.

     "Saya berterima kasih kepada semua pihak, ini kelab yang hebat dan semua orang suka membantu. Saya baru berada di sini (United) dua minggu namun saya rasa sangat dialukan," tambah pemain 29 tahun itu.    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...