Thursday, August 30, 2012

Wayne Rooney nafi mahu tinggalkan Manchester United.


     Penyerang Manchester United Wayne Rooney menafikan laporan yang mengatakan beliau mahu meninggalkan kelab, dan melabelnya sebagai 'karut'.

     Pemain England itu sekaligus mengenepikan spekulasi yang mengaitkan beliau dengan perpindahan musim panas ini selepas ketibaan Robin van Persie di Old Trafford.

   
     Beliau tidak disenarai dalam kesebelasan utama ketika kemenangan 3-2 ke atas Fulham Sabtu lalu, di mana kedua pemain baru Shinji Kagawa dan Robin van Persie mengemudi jentera serangan dan menjaringkan gol.

     Bekas pemain Everton itu mengalami kecederaan yang agak serius di paha kanan selepas masuk sebagai pemain gantian dan dijangka akan diketepikan selama empat minggu.

     Walaubagaimanapun, Rooney dengan pantas menamatkan desas-desus mengaitkan beliau dengan sebarang perpindahan meninggalkan United menerusi laman Twitter untuk menenangkan para penyokong.


     Rooney juga akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia pasukan England menentang Moldova dan Ukraine bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...