Wednesday, August 29, 2012

Rio Ferdinand mungkin terpaksa menunggu dua minggu lagi untuk kembali.

   
     Rio Ferdinand terpaksa diketepikan sehingga selepas perlawanan antarabangsa sekaligus menambahkan lagi masalah di benteng pertahanan Manchester United.

     Sir Alex Ferguson pada awalnya meletakkan harapan pemain 33 tahun itu akan kembali pada perlawanan Ahad ini di Southampton. Namun difahamkan paling awal beliau boleh mula beraksi adalah pada perlawanan menentang Wigan Athletic di Old Trafford pada 15 September.
     Ferdinand mengalami kecederaan pangkal paha yang mengakibatkan beliau terlepas dua perlawanan pembukaan liga. Beliau bersama Chris Smalling yang mengalami kecederaan kaki, dan Phil Jones – masalah belakang – menjadikan tiga pilihan pertama pertahanan tengah Alex Ferguson tidak dapat bermain. 

     Sementara Jonny Evans tidak diturunkan ketika kemenangan 3-2 ke atas Fulham Sabtu lalu di Old Trafford dan mungkin bersedia digandingkan dengan kapten Nemanja Vidic di St Mary's.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...