Tuesday, August 28, 2012

Top 5 - Pemain Belanda yang pernah bermain dengan Manchester United.



     Robin van Persie melengkapkan perpindahan dari Arsenal ke Manchester United 15 Ogos lalu. Beliau bukanlah pemain Belanda tunggal yang pernah beraksi di Old Trafford. Kita lihat top 5 pemain-pemain Belanda yang pernah menyarung jersi Manchester United.

5. Arnold Muhren (1982-1985)

   
     Selepas menjulang Piala UEFA dengan Ipswich Town pada 1981, Muhren kemudiannya menikmati kejayaan Piala FA bersama Manchester United dua tahun kemudian. Old Trafford adalah tempat di mana pemain Belanda ini menjadi bintang sebelum ramai mengenali Eric Cantona. Selepas United menewaskan Everton pada akhir Piala FA 1985 - yang mana Muhren tidak tersenarai dalam pasukan utama - beliau meninggalkan United untuk menyertai Ajax.






4. Jordi Cruyff (1996-2000)

   
     Alex Ferguson membawa anak lagenda Belanda Johan Cruyff, Jordi pada Ogos 1996 selepas menyinar di Nou Camp dan Euro 96 di England. Beliau membuat penampilan pertama di Wimbledon namun musim pertamanya kerap dibayangi kecederaan walaupun berjaya memenangi medal juara liga 1996/97. Sejak itu beliau bergelut untuk disenarai dalam pasukan utama dan terus dihantui kecederaan musim berikutnya. Beliau dipinjamkan ke kelab Sepanyol Celta Vigo pada Januari 1999 sebelum menyertai Alaves secara percuma pada Julai 2000.



3. Jaap Stam (1998-2002)

   
     Stam menghabiskan tiga musim bersama Manchester United, di mana beliau memenangi tiga Liga Perdana, Piala FA, Piala Intercontinental dan yang paling bersejarah UEFA Champions League 1999. Gol tunggal beliau di United hadir ketika kemenangan 6-2 di Leicester City. Gaya pertahanan Stam membolehkan beliau dihormati di England dan negaranya. Bersama Peter Schmeichel di bahagian gawang, Stam merupakan benteng kukuh United dalam menuju kejayaan Treble 1999.





2. Ruud van Nistelrooy (Manchester United)



     Ruud van Nistelrooy menandatangani kontrak lima tahun bersama United dengan yuran perpindahan £19 juta. Dalam musim pertama, Van Nistelrooy menjaringkan 23 gol daripada 32 perlawanan liga. Beliau memecahkan rekod untuk menyamai Mark Stein, Alan Shearer dan Thierry Henry, menjaring gol dalam lapan perlawanan liga berturut-turut. Gol ke 100 beliau hadir ketika kemenangan 4–3 ke atas Everton pada 07 Februari 2004. Selepas kontroversi diketepikan pada perlawanan akhir Piala Liga 2006, beliau berhijrah ke Real Madrid pada 28 Julai setelah menjaringkan 150 gol daripada 220 penampilan sepanjang lima musim di Old Trafford.




1. Edwin van der Sar (Fulham, Manchester United)


     Sir Alex Ferguson akhirnya berjaya menggantikan lagenda Denmark Peter Schmeichel dengan mendapatkan Edwin van der Sar - selepas gagal dalam beberapa percubaan dengan Massimo Taibi dan Fabian Barthez. Keupayaan beliau dengan tenang mengawal gawang juga kehadiran yang dirasakan benteng pertahanan membolehkan United menyamai rekod tanpa bolos Chelsea dalam 10 perlawanan liga berturut-turut.  Beliau akan sentiasa diingati dengan sepakan penentuan penalti di Moscow.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...