Sunday, August 26, 2012

Robin Van Persie - Saya rasa selesa di Manchester United.

     Penyerang baru Manchester United Robin van Persie menjaringkan gol hebat ketika membuat penampilan di hadapan penyokong sendiri pada kemenangan 3-2 United di Old Trafford.

     Penyerang Belanda itu yang menjaringkan gol penyamaan selepas pemain midfield pelawat Damien Duff mengejutkan para penyokong United dengan gol awal perlawanan, menegaskan beliau sangat selesa di United.


     Beliau berpindah dari Arsenal dengan kos £24 juta pada 15 Ogos lalu membuat penampilan pertama ketika tewas 1-0 kepada Everton di Goodison Park, yakin kombinasi dengan rakan sepasukan lain akan bertambah baik pada perlawanan-perlawanan akan datang.

     "Sejujurnya, saya harus katakan daripada hari pertama semua orang membuatkan saya seperti 'di rumah sendiri'," Van Persie memberitahu Sky Sports News. "Kesemua pemain sangat mesra dengan saya, kakitangan dan staff, juga kepada kesemua penyokong.

      "Sudah tentu, baru satu minggu, kami perlu menyesuaikan diri antara satu sama lain dan pasti ambil sedikit masa, dan ia pasti akan berlaku."

     Van Persie juga menyatakan makna kemenangan ke atas Fulham, di mana apa yang paling penting adalah mendapat tiga mata penuh. Namun beliau berpuas hati dapat menjaringkan gol awal di Old Trafford.

     Beliau menambah: "(Penampilan pertama di Old Trafford ) sangat baik. Kami memperolehi tiga mata, yang mana sangat penting. Saya menjaringkan gol pertama, juga sesuatu yang baik dalam penampilan pertama di depan penyokong sendiri.

     "Ia gol yang baik, memang agak sukar namun hantaran baik daripada (Patrice) Evra, ia melantun sedikit di hadapan dan memberikan ruang buat saya menjaringkan gol. Kebiasaannya akan tersasar namun saya rasa mungkin tuah saya hari ini untuk menjaringkan gol."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...