Thursday, August 16, 2012

Robin van Persie bersetuju dengan perpindahan ke Manchester United.

Gandingan berbisa musim depan.
     Robin van Persie akan melengkapkan perpindahan £24 juta ke Manchester United selepas Arsène Wenger membenarkan kapten Arsenal itu berhijrah ke Old Trafford.

     Penyerang Belanda itu akan terbang dari Brussels ke Manchester selepas bersama pasukan kebangsaan yang berdepan Belgium untuk perlawanan persahabatan, dan akan mengadakan ujian perubatan sebelum menandatangani perjanjian £200,000 seminggu.

     United akhirnya mengatasi cabaran seteru setempat Manchester City dan juara Itali Juventus untuk menandatangani pemain 29 tahun, yang jelas sejak awal lagi memberitahu Arsenal bahawa beliau tidak akan memperbaharui kontraknya selepas Jun tahun depan.

     Perpindahan van Persie dari Emirates ke Old Trafford menyaksikan beliau adalah pemain pertama berpindah secara langsung daripada Arsenal ke United sejak pertahanan England Viv Anderson melengkapkan perpindahan £250,000 pada 1987 dan menjadi pemain pertama ditandatangani Sir Alex Ferguson sebagai pengurus United.

     United mengeluarkan kenyataan ringkas semalam bagi mengesahkan persetujuan dicapai antara dua kelab - "Manchester United is pleased to announce it has reached agreement with Arsenal Football Club for the transfer of Robin van Persie. The deal is subject to a medical and the agreement of personal terms. A further announcement will be made in due course."

     Dengan mendapatkan khidmat Van Persie ini dianggap sebagai kejayaan besar Ferguson serta pegawai-pegawai senior di Old Trafford, yang dilihat sebagai reaksi kepada dominasi City dalam pasaran pemain dan juga dalam usaha merampas semula takhta liga.

     Sementara itu bakal gandingan Van Persie, Wayne Rooney minggu lalu mengakui beliau tidak sabar berdepan prospek untuk bergandingan dengan Van Persie.

     "Beliau pemain hebat," ujar Rooney. "Beliau pemain yang menakjubkan buat Arsenal beberapa tahun kebelakangan ini. Jika beliau datang ke sini, maka ia pastinya berita hebat untuk pasukan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...