Thursday, July 12, 2012

Nemanja Vidic akan kembali dalam perlawanan persahabatan di Scandinavia.

     Nemanja Vidic bakal kembali selepas lebih separuh musim diketepikan akibat kecederaan pada perlawanan persahabatan pra-musim Manchester United di Scandinivia.

     Pertahanan itu terlepas aksi sejak Disember selepas mengalami kecederaan ligamen lutut pada perlawanan Champions League menentang Basel di Switzerland.


     Sungguhpun pemain 30 tahun itu terpaksa berehat baki musim lalu namun semakin hampir untuk kembali selepas menjalani pemulihan intensif.

     Vidic kembali berlatih secara sepenuhnya namun tidak akan bersama dengan rakan sepasukan lain dalam jelajah pra-musim United ke Afrika Selatan dan China. United bertolak ke Afrika pada Isnin ini namun Vidic akan meneruskan program pemulihan di kompleks latihan Carrington.

     Beliau dijangka kembali beraksi pada perlawanan persahabatan pra-musim di Norway dan Sweden awal Ogos ini. United dijadualkan bertemu kelab Valerenga dari Norway pada 05 Ogos dan juga Barcelona di Gothenburg tiga hari kemudian.

     Kehilangan Vidic merupakan tamparan besar buat perebutan takhta liga United musim lalu yang dirampas seteru setempat Manchester City, di mana mereka menang dengan perbezaan jaringan gol. Jonny Evans menggantikan tempat yang ditinggalkan Vidic, yang menyaksikan bakal meneruskan gandingan dengan Rio Ferdinand bermula musim baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...