Tuesday, July 10, 2012

Park Ji Sung sertai Queens Park Rangers secara rasmi.

     Manchester United akhirnya mengesahkan pemain midfield Park Ji-Sung secara rasmi menyertai kelab London Queens Park Rangers (QPR).

     Tiga hari sebelumnya, gambar Park digantikan dengan Wayne Rooney dalam material promosi jelajah pra-musim, mengesahkan lagi perpindahan beliau adalah benar.

     "Saya tahu QPR mahu meningkat dan mempunyai cita-cita untuk mencapai tahap seterusnya dan saya akan cuba yang terbaik," kata Park. "Terdapat tawaran lain namun tidak setanding QPR."

     Sir Alex Ferguson memberi pujian kepada bekas kapten Korea Selatan itu, dan mendakwa kurangnya peluang bermain memaksa beliau meninggalkan United.

     "Beliau adalah pemain hebat di kelab ini selama tujuh tahun," Ferguson memberitahu laman web rasmi. "Beliau sangat profesional dan individu yang baik; tidak pernah mengecewakan kami terutama dalam perlawanan besar.

     "Malangnya, saya tidak dapat beri jaminan untuk masa bermain dan bilangan perlawanan yang beliau mahu. Semua di Manchester United mengharapkan yang terbaik buat beliau di masa hadapan dan saya yakin beliau akan berjaya di QPR."

Statistik karier Park di United.

MusimPenampilanGol
2005/06452
2006/07205
2007/08181
2008/09404
2009/10264
2010/11288
2011/12283

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...