Sunday, July 8, 2012

Alex Ferguson akui tidak pasti mengenai masa depan Darren Fletcher.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson kekal berharap akan kembalinya Darren Fletcher beraksi, namun mengakui pemain midfield itu berdepan cabaran sukar.

     Pemain antarabangsa Scotland itu tidak dapat beraksi selepas disahkan mengidap penyakit usus kronik pada Disember 2011 dan masih belum ditentukan tarikh beliau dijangka kembali beraksi.

     Dan walaupun Ferguson meletakkan harapan bahawa kapten Scotland itu dapat kembali secepat mungkin, beliau mengakui Fletcher masih jauh daripada pulih sepenuhnya.

     Bercakap kepada MUTV, pengurus bangsa Scotland itu berkata: "Kami akan tunggu dan lihat bagaimana (untuk kembali beraksi). Jelasnya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali ke tahap sebelum ini. Ia pastinya tidak mudah namun kami akan berikan segala peluang yang ada dan kami akan nilai segenap perkembangan.

     "Beliau kekal aktif menjelang penghujung musim lalu apabila kami gantikan Paul Scholes apabila Scholes memutuskan untuk kembali selepas bersara. Beliau individu yang hebat dan harap beliau dapat kembali satu hari nanti."

     Fletcher telah membuat 302 buat United setakat ini selepas melakukan debut pada 2003.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...