Wednesday, July 4, 2012

Antonio Valencia diberikan jersi nombor 7 untuk musim 2012/13.

    
     Pemain sayap Manchester United Antonio Valencia telah diberikan jersi ikon nombor 7 menjelang musim 2012/13. Beliau yang juga pemain antarabangsa Ecuador memikul tanggungjawab besar yang bersama nombor keramat itu yang sebelum ini dipakai oleh barisan lagenda United seperti David Beckham, George Best, Eric Cantona, Bryan Robson dan Cristiano Ronaldo.

     Valencia sebelum ini menyarung jersi nombor 25, menikmati musim yang cemerlang pada 2011/12 sejak menyertai United dari Wigan. Beliau dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Manchester United dan menjaringkan enam gol dalam semua kejohanan.

     Pemain baru United Shinji Kagawa juga telah ditawarkan jersi nombor 7 yang sebelum ini dipakai  Michael Owen, namun menolak peluang tersebut dan sekarang diberikan jersi nombor 26 yang dikosongkan Gabriel Obertan.

     Sementara itu seorang lagi pemain baru Nick Powell diberikan jersi nombor 25 yang sebelum ini dipakai Valencia, selepas melengkapkan perpindahan dari kelab League Two Crewe. Walaubagaimanapun nombor untuk pemain-pemain lain masih belum disahkan untuk menghadapi musim depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...