Tuesday, July 3, 2012

Fabio dipinjamkan ke Queens Park Rangers sepanjang musim depan.

     Pertahanan Manchester United Fabio da Silva akan menghabiskan musim depan di Queens Park Rangers selepas menandatangani perjanjian secara pinjaman untuk satu musim.

     Pemain muda Brazil itu yang boleh bermain di mana-mana posisi bek telah membuat 53 penampilan dengan United namun jarang berada dalam kesebelasan utama.

     Pemain 21 tahun itu tiba di Old Trafford bersama kembarnya Rafael pada 2008 dari kelab Fluminense, kini berpeluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan konsisten di Loftus Road.
    
     Ketibaan beliau di Loftus Road dialu-alukan oleh pengurus Rangers yang juga bekas lagenda United Mark Hughes, memberitahu laman web rasmi kelab : "Ini merupakan peluang terbaik buat kami dapat meminjam pemain muda yang bagus, yang mempunyai pengalaman bermain dengan kelab hebat seperti Manchester United.

     "Beliau serba boleh - boleh bermain di kiri dan kanan, dan juga pernah digunakan Sir Alex (Ferguson) di bahagian midfield, maka kami tahu apa yang kami perolehi, dan beliau pemain yang bagus."
     Fabio melihat peluang ini sebagai platform bagi mengukuhkan dirinya dalam Liga Perdana - begitu juga perkembangan bakat bolasepaknya. "Saya gembira di sini," kata beliau.

     "Pinjaman ini penting buat karier saya. Saya mahu bermain sebanyak yang mungkin. Saya mahu bermain dengan baik dan juga memenangi perlawanan. Ia langkah yang baik untuk karier saya dan membina keyakinan diri.

     "Sir Alex Ferguson berkata saya akan menikmati setiap saat di sini dan juga menyarankan saya untuk bermain sekerap mungkin. Saya tahu QPR adalah kelab dengan sejarah hebat, sebab itulah saya di sini.

     "Saya datang ke sini juga kerana saya bercita-cita tinggi. Saya mahu bantu QPR dalam Liga Perdana. Diharapkan para penyokong akan menikmati aksi saya kerana saya akan lakukan yang terbaik."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...