Tuesday, July 3, 2012

Rafael tandatangan lanjutan kontrak dengan Manchester United hingga 2016.

  
     Permain pertahanan Manchester United Rafael telah menandatangani kontrak empat tahun untuk kekal di United hingga musim 2015/16. Ini merupakan ganjaran atas prestasi cemerlang yang mengukuhkan posisi bek kanan dalam kesebelasan utama dan bakal memainkan peranan penting dalam perancangan masa depan Sir Alex Ferguson.

     Pemain 21 tahun itu tiba di Old Trafford bersama kembarnya Fabio dari Fluminense pada 2008, dan aksi konsisten beliau membolehkan tersenarai dalam pasukan Brazil baru-baru ini. Rafael meluahkan kegembiraan beliau dengan memberitahu laman web rasmi : "Saya sangat gembira dapat menandatangani kontrak baru.

     "Saya menikmati setiap saat beraksi di Manchester United, terdapat semangat sepasukan dan keinginan untuk menang yang hebat di sini. Masa saya di sini sangat luar biasa; memenangi dua gelaran liga, Piala Liga dan Piala Kelab Dunia dan ini menjadikan saya lebih dahagakan kejayaan trofi demi trofi.

     "Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Sir Alex yang menaruh kepercayaan kepada saya dan juga kepada para penyokong atas sokongan selama ini.”

     Sementara itu Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa beliau percaya Rafael akan menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia. Ferguson memberitahu Manutd.com : "Rafael memiliki kesemua ciri untuk menjadi pemain pertahanan terbaik dunia dan saya gembira beliau menandatangani kontrak baru.

     "Beliau meningkat dengan pantas sejak menyertai United, tenaga dan semangat yang dipamerkan memberikan kepuasan kepada penyokong. Rafael adalah salah satu bakat muda yang paling bersinar; tiada perasaan gerun untuk bermain dan percaya kepada bakat diri sendiri."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...