Friday, June 29, 2012

Manchester United akan bertemu Barcelona dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

    
     Manchester United telah mengumumkan mereka akan bertemu Barcelona dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Gothenburg, Sweden. United berdepan gergasi Catalan itu sebagai ulangan perlawanan akhir Champions League 2011 yang dimenangi kelab Sepanyol itu di Wembley.

     Perlawanan dijadualkan pada 08 Ogos di Ullevi Stadium, di mana perlawanan akhir Piala UEFA 2004 diadakan. Ketua Eksekutif Manchester United David Gill memberitahu laman web rasmi kelab :

     "Manchester United bertemu Barcelona adalah salah satu perlawanan utama dalam dunia bolasepak dan kami gembira dapat bekerjasama dengan GotEvent membolehkan acara gemilang ini dilangsungkan di kota hebat Gothenburg.

     "Kami mempunyai ramai pengikut di Scandinavia dan ia (perlawanan) akan menjadi sebahagian daripada persiapan kami menjelang musim baru."

     Kedua pasukan bertemu dalam perlawanan persahabatan 30 Julai 2011 di FedEx Field Washington, apabila gol Michael Owen memberikan kemenangan 2-1 kepada United. Mereka juga bertemu dalam dua perlawana akhir Champions League, 2009 dan 2011 dengan keduanya memihak kepada kelab Catalan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...