Tuesday, June 26, 2012

Nemanja Vidic mula latihan pra-musim minggu depan.

     Kapten pasukan Manchester United Nemanja Vidic dijadual akan kembali berlatih minggu depan, seminggu lebih awal daripada jadual asal, dalam usaha untuk kembali beraksi permulaan musim depan.

     Pemain Serbia itu tidak beraksi sejak Disember tahun lalu akibat kecederaan lutut namun berjaya melakukan proses pemulihan yang kuat dan bakal kembali ke Carrington lebih awal daripada rakan sepasukan lain.

    
     Pertahanan tengah itu diketepikan sejak mengalami kecederaan ligamen lutut serius semasa perlawanan Champions League menentang Basel di Switzerland.

     Vidic, 30, menjalani proses pemulihan yang pantas dan telahpun dijadualkan dengan latihan kecergasan khusus bermula minggu depan, sebelum pemain-pemain lain kembali untuk latihan pra-musim bermula Julai.

     Pada awalnya beliau dilaporkan tiga minggu dibelakang proses pemulihan namun United gembira dengan perkembangan pemulihan sejak penghujung musim dan yakin dapat sedia beraksi menjelang perlawanan pertama musim di Everton pada 18 Ogos. Vidic boleh berlari tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sama meneruskan program yang direka khusus untuk membantu pemulihan terutama pembinaan semula kekuatan di sekitar lutut.

     Sekembali beliau ke pusat latihan Carrington nanti, beliau akan dinilai pasukan fisioterapi United dan para saintis sukan. Kumpulan ini akan memberikan laporan terkini kepada Sir Alex Ferguson bagi membolehkan pengurus United itu merancang bila kaptennya dapat menyertai latihan pasukan utama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...