Tuesday, October 11, 2011

Ryan Giggs menang Anugerah Golden Foot.

Ryan Giggs menerima Golden Foot dari Prince Albert II of Monaco
     Ryan Giggs telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Golden Foot 2011 selepas menerima jumlah undian tertinggi menerusi laman web. Sebagai sebahagian daripada anugerah, pemain Wales itu akan mendapat plak tapak kaki  di atas Monte Carlo's 'Champions Promenade'. Penghargaan ala Hollywood ini menampilkan beberapa nama-nama hebat dalam sejarah bolasepak.

     Golden Foot adalah anugerah tahunan bagi menghargai pemain yang berusia 29 tahun ke atas yang menonjol dalam sukan (samada kejayaan individu mahupun berpasukan), personaliti mereka dan untuk orang ramai dan pakar-pakar bolasepak.

     Giggs memberitahu: "Ia suatu penghormatan untuk memenangi anugerah seperti ini dan untuk mempunyai tapak kaki saya bersama beberapa pemain terhebat dalah satu keistimewaan."

      Beliau memberi penghormatan kepada individu yang telah menjadi mentor beliau selama lebih 20 tahun di Manchester United. Selepas menerima trofi daripada Putera Albert II, legenda United itu mengakui beliau bernasib baik untuk bermain di bawah pengurus terbaik iaitu Sir Alex Ferguson.

     "Beliau agak keras tetapi adil. Beliau menuntut banyak daripada pemainnya seperti yang dilakukan pada dirinya sendiri," ujar Giggs.

     "Beliau adalah pengurus terbaik dan ia sesuatu yang hebat untuk bersamanya sepanjang karier. Saya sangat bertuah kerana dapat bermain bersama barisan pemain terbaik, bermain untuk pengurus terbaik dan bermain di kelab terbaik di dunia.

     "Buat masa ini saya masih menikmati bolasepak saya jadi saya tidak memikirkan apa yang saya akan lakukan selepas saya bersara, tetapi jika saya bersara esok saya boleh berkata saya telah memiliki karier yang gemilang dan tidak mahu tukar dengan sesiapa sahaja."

     Saingan Giggs pada anugerah tahun ini adalah seperti bekas rakan sepasukan United David Beckham, Gianluigi Buffon (Juventus & Itali), Didier Drogba (Chelsea & Ivory Coast), Samuel Eto'o (Cameroon & FC Anzhi Makhachkala), Iker Casillas (Real Madrid & Sepanyol), Javier Zanetti (Inter Milan & Argentina), Carles Puyol (Barcelona & Sepanyol), Raul (Schalke & Sepanyol) dan Xavi (Barcelona & Sepanyol).

     Pemenang-pemenang sebelumnya termasuk pemain Itali Francesco Totti (2010), Alessandro Del Piero (2007) dan Roberto Baggio (2003), lagenda Brazil Ronaldinho (2009), Roberto Carlos (2008) dan Ronaldo (2006), bintang Ukrain Andriy Shevchenko (2005) dan pemain Republik Czech Pavel Nedved (2004). Giggs telah dicalonkan lima kali sebelum ini sebelum memenanginya pada tahun 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...