Monday, October 17, 2011

Javier Hernandez - De Gea beraksi cemerlang.

Hernandez menjaringkan gol penyamaan buat United.

     Javier Hernandez telah menghamburkan kata-kata pujian buat penjaga gol David De Gea selepas aksi cemerlang beliau ketika keputusan seri 1-1 menentang Liverpool.

     Penjaga gol Sepanyol itu telah melakukan beberapa aksi menyelamat yang hebat ketika United kerap kali di bawah tekanan serangan Liverpool terutama lima minit akhir perlawanan dan semakin yakin beraksi dengan setiap perlawanan berlalu.


     Selepas menjaringkan gol penyamaan, Chicharito bangga untuk memberi pernghormatan kepada rakan yang sama-sama bertutur dalam bahasa Sepanyol itu.

     "Beliau adalah pemain luar biasa seperti barisan pemain lain, tetapi (aksi) beliau bertambah baik setiap hari dan mahu bekerja dengan lebih gigih lagi," Hernandez memberitahu MUTV. "Beliau tahu bermain untuk jersi Manchester United adalah tanggungjawab besar, tetapi beliau menikmati setiap detik dan beraksi cemerlang.

     " David adalah penjaga gol terbaik dan bertambah baik dalam setiap perlawanan. Beliau masih muda, 20 tahun, dan boleh bermain 20 tahun lagi jika mahu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...