Tuesday, October 18, 2011

Nemanja Vidic dan Wayne Rooney bakal diturunkan menentang Otelul Galati.

     Nemanja Vidic berlepas bersama pemain Manchester United yang lain untuk perlawanan Champions League menentang Otelul Galati tetapi rakan pertahanan tengah Rio Ferdinand tidak tersenarai.

     Ferdinand direhatkan dalam perlawanan pertama kumpulan C menentang Benfica bulan lalu dan ini bermakna Alex Ferguson akan menurunkan beliau pada perlawanan menentang seteru setempat Manchester City Ahad ini.

     Pemain antarabangsa England itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini tetapi mempamerkan aksi cemerlang dan memberansangkan ketika mencatat keputusan seri 1-1 dengan Liverpool.

     Kapten Vidic terlepas perlawanan di Anfield kerana Alex Ferguson mengambil keputusan untuk tidak mengambil risiko terhadap kecederaan otot betis yang dialaminya, tetapi bersedia untuk diturunkan berdepan kelab Romania Otelul Galati.

     Dimitar Berbatov, yang juga terlepas aksi menentang Liverpool, tersenarai dalam pasukan manakala Phil Jones kembali sembuh selepas mendapat cedera ringan Sabtu lalu. Tom Cleverley (kaki) dan Rafael (bahu) kekal tidak dapat beraksi, walaupun semakin hampir untuk kembali cergas.

     United berlepas ke Bucharest mengetahui banyak yang masih perlu dilakukan untuk melayakan diri ke pusingan 16 pasukan Champions League, dengan hanya memungut dua mata daripada dua perlawanan pertama kumpulan. Otelul masih belum mendapat apa-apa mata pada musim pertama mereka dalam Champions League, sementara Basel dan Benfica ketika ini mendahului kumpulan C dengan empat mata masing-masing.

     Dalam pada itu Ferguson bersedia untuk menurukan Wayne Rooney ketika United dilihat mendapatkan kemenangan pertama Champions League musim ini.

     "Beliau (Rooney) akan bermain esok," umum Ferguson.

     Rooney hanya tersenarai sebagai pemain simpanan ketika menentang Liverpool Sabtu lalu. Alex Ferguson menyatakan beliau tidak menurunkan Rooney dalam kesebelasan utama kerana beliau (Rooney) kecewa dengan penggantungan tiga perlawanan oleh UEFA berikutan kad merah ketika menentang Montenegro.

     "Apabila berita (penggantungan) itu diumumkan ia adalah satu tamparan buatnya. Beliau sepenuhnya tidak menjangkanya. Kami semua tidak menjangkanya." ujar Ferguson.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...