Wednesday, October 19, 2011

Michael Carrick - Tiga mata penting buat United.


     Michael Carrick memuji rakan sepasukan selepas kemenangan United mengatasi halangan sukar Otelul Galati di Romania. Pemain midfield United itu gembira dengan tiga mata diperolehi dan mencabar rakan sepasukan lain untuk mengekalkan momentum daripada kemenangan 2-0  semalam untuk baki tiga lagi perlawanan kumpulan.

     "Kami menjangkakan perlawanan yang sukar. Ramai menjangka kami datang ke sini dan jaringkan banyak gol dan untuk ia dikatakan perlawanan mudah tetapi kami tahu ia pastinya sukar," ujar Carrick.   

     "Kami perlu bersabar dan akhirnya kami berjaya. Kami gembira dengan tiga mata. Ia adalah perlawanan yang kami perlu menang. Diharap kami dapat kekalkan momentum daripada kemenangan ini.

     Prestasi Carrick di tengah padang paling menonjol dalam perlawanan ini walaupun pada satu ketika terpaksa bermain di pertahanan tengah selepas kapten Nemanja Vidic dibuang padang, keputusan yang beliau rasakan agak keterlaluan.

     "Terdapat keraguan mengenainya (kad merah kepada Vidic), jadi kami kecewa dengan keputusan pengadil," jelas Carrick.

     Perhatian United pastinya beralih kepada perlawanan penting Ahad ini menentang Manchester City di Old Trafford selepas seri 1-1 dengan Liverpool.

     "Ia jelas, adalah perlawanan besar. Ia sangat sukar namun dua perlawanan pertama berlalu dengan baik dan diharapkan kami boleh menghadapinya dengan baik," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...