Thursday, October 20, 2011

Nani bersedia tamatkan cabaran City.

     Nani bersedia untuk menutup mulut seteru setempat Manchester City dan membuktikan beliau adalah pemain utama dalam perlawanan besar buat Manchester United.

     United akan berdepan pasukan kendalian Roberto Mancini - ketika ini tangga teratas liga - pada Ahad ini dan Sir Alex Ferguson melabelkannya sebagai Manchester derby terbesar yang pernah diketahuinya.

     Selepas menjaringkan tiga gol pada tiga pertemuan terakhir dengan City, Nani berazam untuk menjadi faktor penentu Ahad ini. 


     Pemain sayap Portugal itu berkata: " Setiap kali kami bermain perlawanan besar seperti ini, kami punyai banyak motivasi dan persediaan sentiasa berbeza untuk perlawanan derby.

     "Semua pemain mahu diturunkan dalam perlawanan ini, termasuk saya.

     "Keyakinan saya dalam perlawanan ini amat tinggi dan saya rasa selesa dengan perlawanan seperti ini. Saya suka tekanan perlawanan seperti ini dan setiap tahun perlawanan dengan City menjadi semakin penting.

     "Kami biasanya bermain dengan baik menentang mereka dan saya harap dapat menyumbang untuk memastikan kami menang Ahad ini.

     "Saya telah bekerja keras dan nantikan perlawanan besar seperti ini kerana saya yakin saya punyai kualiti dan mentaliti untuk bermain."

     Nani menjaringkan gol pertama pada kemenangan 2-1 United ke atas City Februari lalu, yang mana akan diingati dengan gol kemenangan hebat Wayne Rooney.

     "Saya menjaringkan gol yang cantik tetapi gol Rooney lebih hebat,"  kata Nani. "Saya berasa yakin dan selesa bahawa saya akan menjaringkan gol terhadap mereka."

     Beliau melakukan perkara yang sama (menjaringkan gol) untuk memenangi Community Shield Ogos lalu dan membalas dendam kekalahan separuh akhir Piala FA musim lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...