Thursday, October 20, 2011

Gosip - Manchester United mendahului persaingan untuk menandatangani The Next Luka Modric.

     Manchester United mendahului saingan mendapatkan bintang muda Croatia yang dilabel sebagai the next Luka Modric. Perancang Dynamo Zagreb Mateo Kovacic adalah sasaran kelab-kelab besar Eropah tetapi United percaya mereka berkedudukan teratas.

     Sir Alex Ferguson mengambilnya sebagai kepentingan peribadi dalam usaha United mendapatkan pemain 17 tahun itu, yang juga dijejaki oleh kelab seperti Arsenal, Juventus dan Bayern Munich.

     United telah membuat minat mereka mendapatkan Kovacic diketahui umum antara kelabnya dan wakil pemain selepas beberapa kali melihat Kovacic beraksi dan yakin dapat menewaskan kelab lain dalam mendapatkan tandatangan pemain itu.

     Sir Alex Ferguson tidak bercadang untuk membuat bidaan pada perpindahan bulan Januari namun akan terus menilai pemain Croatia bawah 21 itu dan kemungkinan membuat bidaan pada musim panas depan.

     "United telah menjelaskan bahawa mereka melihat Kovacic dengan cara yang besar dan yakin akan menjadi bintang satu hari nanti," sumber memberitahu Gol.com. "Usia dan nilai pasaran bermakna (perpindahan) bulan Januari mungkin terlalu awal tetapi daripada maklum balas, keutamaan pemain memihak kepada Old Trafford dan United berkelebihan untuk mendapatkannya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...