Friday, October 21, 2011

Sejarah saingan Manchester United dengan Manchester City.

     Manchester derby adalah jolokan yang diberikan kepada perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Manchester City. Ia tertumpu kepada City of Manchester dan Greater Manchester dengan anggaran jarak empat batu memisahkan kedua pasukan.

     United berpusat di barat daya Manchester di Old Trafford sementara City di timur Manchester di Etihad Stadium yang dahulunya stadium City of Manchester, dibina khas untuk Sukan Komanwel 2002.


Sejarah awal.

 
     Keduanya memiliki rekod kehadiran penonton tertinggi dalam sejarah bolasepak England - City pada tahun 1934 dengan 84,569 dan United dengan 83,260 pada 1948, ironinya di Maine Road disebabkan Old Trafford dibom semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan antara dua kelab ini lebih dianggap sebagai permusuhan dalam sukan bolasepak.

     Pertemuan pertama antara kedua pasukan berlangsung pada 12 Nov 1881, apabila West Gorton (St Marks) - kemudiannya Ardwick Association Football Club pada 1887 dan akhirnya Manchester City pada 1894 menjadi tuan rumah kepada Newton Heath - kemudiannya Manchester United pada 1902. Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0 berpihak kepada Newton Heath. Pada masa itu hanya terdapat dua kelab di Manchester dan pertemuan keduanya tidak membawa signifikasi yang besar.

     Kedua kelab kemudiannya berkembang pada lewat 1880an dan membawa kepada pertemuan pertama era 1890an dan dilabel sebagai pertemuan dua kelab tempatan. Mereka kemudian menjadi kelab dominan di Manchester: pemenang Piala Manchester setiap tahun antara 1888 dan 1893 adalah samada Newton Heath atau Ardwick. Kedua kelab menyertai Football Alliance dan pada masa itu kedua-duanya gagal dalam usaha memperoleh tempat ke liga (Newton Heath in 1889, 1890 dan 1891; Ardwick pada 1891). Kemasukan dalam Football League akhirnya tercapai pada 1892. Newton Heath menyertai Divisyen Satu dan Ardwick dalam Divisyen Dua yang baru ditubuhkan.


     Pertemuan pertama dalam Football League berlangsung pada 03 Nov 1894 ketika keduanya bermain dalam Divisyen Dua dengan Newton Heath membenam City 5-2 di Hyde Park. Seterusnya pertemuan keduanya dalam Divisyen Satu berlangsung pada 01 Dis 1906 dengan City berjaya menewaskan United 3-0.

Billy Meredith
     Pada ketika ini kebanyakkan pemain City digantung permainan akibat skandal kewangan kelab dan selepas penggantungan berakhir pada Jan 1907 empat pemain Jimmy Bannister, Herbert Burgess, Billy Meredith dan Sandy Turnbull menyertai United dan membantu United menjuarai liga pertama dalam sejarah mereka pada 1908. Berbeza dengan antipati moden, perpindahan pemain secara umumnya dialu-alukan untuk membantu sesama kelab Manchester.



Manchester United dengan trofi liga 1908.
     Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakkan penyokong bolasepak di Manchester menyaksikan perlawanan City minggu ini dan kemudian United pada minggu berikutnya. Selepas perang saingan antara keduanya menjadi semakin kuat dan penyokong terbahagi kepada dua pasukan samada United atau City.

Impresi artis
     Perlawanan pertama Manchester derby yang menggunakan lampu limpah stadium adalah pada 26 Feb 1889 di Belle Vue Athletic Ground. Lampu Wells electric ditempatkan disekeliling padang dan penyokong seramai 10,000 menyaksikan Newton Heath mengalahkan Ardwick 3–2. Ia adalah sebahagian usaha membantu mangsa tragedi lombong arang batu Hyde.

Pengeboman Old Trafford.

     Ketika meletusnya Perang Dunia Kedua, Old Trafford digunakan oleh pihak tentera British sebagai depot. Bolasepak berlangsung seperti biasa hinggalah pada 22 Dis 1940 apabila tentera Jerman mengebom Trafford Park dan mengakibatkan kerosakan pada stadium. Kurang tiga bulan kemudian iaitu pada 08 Mac 1941 Old Trafford digunakan semula, tetapi ia tidak lama hanya tiga hari berselang iaitu 11 Mac, pihak Jerman sekali lagi mengebom  kawasan Trafford dan kali ini merosakan hampir keseluruhan stadium.

Old Trafford selepas dibom tentera Jerman
     Selepas mendapat tekanan daripada Pengerusi United James W. Gibson, Suruhanjaya Kerosakan Semasa Perang membayar pampasan kepada Manchester United £4,800 untuk mengeluarkan sisa-sisa runtuhan dan £17,478 untuk membina semula tempat duduk stadium. Sepanjang proses pembaikan tersebut United terpaksa menggunakan Maine Road (Stadium City) untuk setiap perlawanan gelanggang sendiri, dengan sewa tahunan £5,000 beserta peratusan kutipan tiket. Perlawanan pertama di Old Trafford adalah pada 24 Ogos 1949, dengan 41,748 penonton menyaksikan United menewaskan Bolton Wanderers 3-0.


Rekod pertemuan.

     Manchester derby pada era 1970an selalunya dipenuhi kontroversi. Pada Disember 1970, bentesan daripada George Best mengakibatkan Glyn Pardoe patah kaki dan pemain pertahanan itu hampir-hampir kehilangan kakinya. Pada musim 1973/74 menyaksikan Mike Doyle dan Lou Macari masing-masing dilayangkan kad merah ketika perlawanan berkesudahan 0-0. Kedua pemain enggan keluar padang dan pengadil mengambil keputusan mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan sehingga kedua pemain menerima keputusan kad merah mereka.
  
Gol backheel Denis Law 

     Perlawanan timbal balik berlangsung di Old Trafford pada 27 Apr 1974 dan merupakan perlawanan kedua terakhir musim, dan United perlu menang untuk mengelakkan daripada tersingkir ke Divisyen 2.

     Selepas 80 minit permainan masih terikat 0-0, Francis Lee menghantar bola kepada bekas bintang United Denis Law yang kemudiannya melakukan backheel untuk menewaskan Alex Stepney untuk gol tunggal perlawanan. Law kemudiannya digantikan dan terus berhenti daripada bermain dalam liga bolasepak. Keputusan itu menyingkirkan United ke Divisyen 2 musim berikutnya.

     Pada era milenium Manchester derby disajikan dengan kemuncak persengketaan antara Roy Keane dan Alf-Inge Haaland. Sengketa bermula pada 1998 apabila Keane mengalami kecederaan ligamen selepas dijatuhkan oleh Haaland yang ketika itu bermain dengan Leeds United (juga seteru tradisi United). Ketika Keane terbaring di atas padang Haaland menuduh beliau pura-pura mengalami kecederaan.

Roy Keane
     Tiga tahun kemudian dalam perlawanan derby April 2001, Keane membuat terjahan keras paras lutut terhadap Haaland dan dilayangkan kad merah. Ia berakhir dengan seri 1-1; United telah bergelar juara liga dan City semakin hampir kepada penyingkiran selepas keputusan seri tersebut.

     Dalam autobiografinya pada 2002, Keane mengakui terjahan tersebut sengaja beliau lakukan dengan niat untuk mencederakan, yang akhirnya beliau dikenakan denda £150,000 dan digantung lima perlawanan.

     Musim ini Manchester derby bermula seawal perlawanan Community Shield di Wembley; perlawanan ke 160 antara kedua pasukan dengan United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan City 3-2 dan memenangi trofi pertama musim 2011/12.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...