Friday, October 21, 2011

Gosip - Manchester United mahu bintang Real Betis Alvaro Vadillo.

Alvaro Vadillo bersama Cristiano Ronaldo
     Laporan tersebar bahawa    
Manchester United akan melengkapkan perpindahan £3 juta untuk Alvaro Vadillo.

     United mengetahui jika pemain muda itu bermain satu lagi perlawanan dengan Betis, nilai klausa perpindahan pemain tersebut akan melonjak ke £20 juta. Dengan pemain sayap itu ketika ini mengalami kecederaan, ini dikatakan memudahkan sebarang perjanjian ditandatangani.
    
     Vadillo membantu Real Betis memulakan musim La Liga dengan cemerlang, dengan empat kemenangan sebelum tewas dalam beberapa perlawanan minggu-minggu akhir ini. Sir Alex Ferguson telahpun punyai pemantau untuk melihat perkembangan Vadillo dan bersedia untuk bertindak tetapi mungkin mendapat saingan sengit daripada Real Madrid dan Barcelona.

     Ferguson terkenal dengan kecenderungan mendapatkan pemain muda untuk digilap bakat bersama-sama dengan pemain akademi yang lain. Pemain seperti Javier Hernandez, David de Gea, Phil Jones dan Chris Smalling kesemuanya tiba di United dalam tempoh 18 bulan lalu dan pemain daripada akademi Danny Welbeck dan Tom Cleverley telah memberikan impak besar musim ini selepas kejayaan dipinjamkan ke  Sunderland dan Wigan masing-masing.

     Nilai £3 juta kelihatan berbaloi walaupun beliau yang dilabel sebagai the next Cristiano Ronaldo tidak dapat beraksi untuk tempoh enam bulan, prospek untuk menandatangani pemain muda ini mungkin akan suatu hari nanti amat menguntungkan sebagaimana Cristiano Ronaldo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...