Tuesday, October 25, 2011

Nemanja Vidic umum persaraan daripada pasukan kebangsaan Serbia.

     Nemanja Vidic telah mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa. Kapten United itu membuat 56 penampilan dengan Serbia dan menjaringkan dua gol.

     "Selepas memikirkan secara mendalam dan dengan hati yang berat, saya telah memutuskan ia masa yang sesuai untuk saya bersara daripada bolasepak antarabangsa," Vidic memberitahu ManUtd.com



     "Saya rasa selepas 10 tahun bermain untuk negara saya, ia adalah masa yang tepat untuk berundur dan membenarkan pemain-pemain yang lebih muda bermain.

     "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengurus, jurulatih dan para pemain yang bermain bersama.

     "Saya sentiasa berbangga dapat bermain untuk Serbia dan harapkan mereka cemerlang dalam kejohanan akan datang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...