Tuesday, October 25, 2011

Top 5 - Pemain United yang bersara bolasepak antarabangsa untuk beri fokus kepada kelab.

     Nemanja Vidic telah mengumumkan persaraan daripada arena bolasepak antarabangsa dan mahu memfokuskan kerjaya bolasepak dengan United. Kita imbas top 5 pemain-pemain United yang bersara awal untuk terus bersama United.

5. Dimitar Berbatov, Mei 2010.

     Kapten Bulgaria, Dimitar Berbatov mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa pada Mei 2010. Beliau membuat 74 penampilan buat negaranya dan menjaringkan gol untuk rekod 48 gol.

     Bagaimanapun aksi pasukannya dalam kegagalan untuk layak ke Piala Dunia 2010 menimbulkan banyak kritikan di negaranya.

     Berbatov memecahkan rekod jaringan negaranya yang sebelum ini dipegang oleh Hristo Bonev dengan dua gol pada perlawanan persahabatan dengan Malta November 2010.


4. Roy Keane, Okt 2005.
    
     Kapten United ini mengumumkan bersara selepas kegagalan Republik Ireland melayakan diri ke Piala Dunia 2006 di Jerman dan mahu menumpukan kepada karier bolasepak domestik. 

     Keane membuat penampilan pertama pada 1991 namun karier antarabangsanya lebih banyak dihujani dengan kontroversi. Antara yang terkenal adalah ketika Piala Dunia 2002 apabila terdapat salah faham dengan pengurus ketika itu Mick McCarthy.

     Beliau kembali bermain pada 2004 apabila Brian Kerr dilantik menjadi pengurus baru menggantikan McCarthy. Namun pada Oktober 2005 beliau bersara selepas membuat 67 penampilan dan menjaringkan sembilan gol. Karier Keane bersama United juga tidak lama apabila kontrak beliau ditamatkan pada November 2005 selepas kontroversi dengan pihak pengurusan United.


3. Park Ji Sung, Jan 2011.

     Park Ji Sung yang juga kapten Korea Selatan mengumumkan persaraan pada Januari 2011 selepas membuat penampilan ke-100 buat negara ketika tewas di separuh akhir Piala Asia  kepada Jepun. Beliau menyatakan kecederaan lutut yang kronik memaksa beliau membuat keputusan bersara.

     Park yang menyertai United pada 2005 dari PSV Eindhoven menjadi pemain Korea Selatan pertama bermain pada perlawanan akhir Champions League apabila United tewas kepada Barcelona.

     Beliau membuat penampilan antarabangsa pertama pada tahun 2000 dan adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002. Park juga beraksi dalam kejohanan yang sama pada 2006 dan 2010.


2. Paul Scholes, Ogos 2004.

     Paul Scholes bersara daripada arena antarabangsa untuk menumpukan perhatian kepada kariernya bersama United selepas membuat 66 penampilan dan menjaringkan 14 gol.

     Beliau membuat penampilan pertama pada perlawanan persahabatan menewaskan Afrika Selatan 2-1 tahun 1997. Scholes menjaringkan gol ketika kemenangan 4-2 England ke atas Croatia pada Euro 2004 yang menjadi perlawanan terakhir beliau.

     Steven Gerrard dari Liverpool dan pemain Chelsea Frank Lampard keduanya memberi tekanan kepada Scholes untuk posisi tengah England. Namun pendekatan Eriksson yang menurunkan ketiga-tiga pemain dengan Scholes di sebelah kiri jelas membuatkan beliau terpaksa berundur untuk memberi peluang kepada pemain lebih muda.


1. Ryan Giggs, Mei 2007.

     Ryan Giggs mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa selepas merasakan sukar untuk beliau menggabungkan keperluan fizikal bermain buat kelab dan negara.

     Giggs mengakhiri karier pasukan Wales dengan membuat 64 penampilan dan menjaringkan 12 gol, memutuskan untuk bersara selepas kekalah kepada Republik Ireland yang sekaligus memadam harapan negaranya untuk layak ke Euro 2008. Kali terakhir Wales menyertai kejohanan besar ialah Piala Dunia 1958 di Sweden.

     Beliau membuat penampilan pertama pada menentang Jerman pada Okt 1991 ketika berusia 17 tahun 321 hari, dan menjadikan beliau pada masa itu pemain termuda mewakili Wales. Kariernya bersama Wales pada peringkat awal sentiasa dilanda oleh masalah kecederaan hamstring.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...