Thursday, October 27, 2011

Prestasi Valencia masih boleh diperbaiki.

     Sir Alex Ferguson merasakan Antonio Valencia belum mencapai kecergasan 100 peratus walaupun menjaringkan gol yang menakjubkan di Aldershot.

     Pemain sayap United itu mempamerkan aksi mengkagumkan selepas kembali daripada kecederaan pada penghujung musim lalu, tetapi pengurus United  merasakan beliau perlu berhati-hati dalam mengendalikan pemain Ecuador itu.


    
     Valencia terlepas majoriti aksi pada musim 2010/11 selepas mendapat kecederaan buku lali ketika perlawanan Champions League menentang Rangers di Old Trafford dan juga diketepikan selepas cedera pada kejohanan Copa Amerika musim panas lalu.

     "Saya berbincang dengan Antonio semalam," Sir Alex mendedahkan kepada MUTV selepas kemenangan 3-0 menewaskan Aldershot dalam Piala Carling. "Beliau sendiri mengakui bahawa beliau perlu lebih bermain.

     "Beliau tidak dapat beraksi dalam masa yang panjang dan sekarang kembali tetapi mungkin perlukan beberapa perlawanan. Malam ini adalah antaranya."

     Valencia tidak menunjukan tanda-tanda sebaliknya (kemerosotan prestasi) apabila menjaringkan gol ketiga di EBB Stadium tetapi selepas turut beraksi di posisi bek kanan baru-baru ini, pemain sayap ini pastinya berharap dapat membuktikan dirinya di posisi kegemarannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...