Friday, October 28, 2011

Gosip - Manchester United intai pemain Benfica Nicolas Gaitán.

Nicolas Gaitán ketika menentang United
     Manchester United telah mengenalpasti pemain midfield Benfica Nicolas Gaitán sebagai sasaran untuk perpindahan bulan Januari, tetapi harus menyamai klausa pelepasan pemain tersebut yang dianggarkan £40 juta.
  
     Gaitán, yang beraksi cemerlang ketika kelab Portugal itu mencatat keputusan seri 1-1 dengan United  pada perlawanan pertama kumpulan C Champions League bulan lepas, telah ditonton aksinya berkali-kali oleh pegawai-pegawai United.

     United yang juga memerhatikan aksi pemain midfield Anderlecht dari Argentina Lucas Biglia, akan kekal dalam pasaran peepindahan pemain untuk mendapatkan midfield serangan selepas gagal dalam usaha sepanjang musim panas lalu untuk menandatangani pemain Inter Milan Wesley Sneijder dan Samir Nasri, yang menolak tawaran United untuk menyertai Manchester City dari Arsenal.

    

     Walaupun Gaitán kerap kali beraksi di posisi sayap kiri dengan Benfica akhir-akhir ini, bekas pemain  Boca Juniors ini juga bermain di posisi hadapan antara midfield dan serangan, posisi yang mana belum diisi United selepas persaraan Paul Scholes hujung musim lalu.

     Benfica berazam mahu mengenepikan usaha mendapatkan Gaitán, bagaimanapun difahamkan masih mahu mengekalkan pemain tersebut sekurang-kurangnya untuk 18 bulan lagi.

     Sementara itu United akan kembali ke Merseyside esok untuk berdepan dengan Everton, tetapi tanpa khidmat pemain sayap Ashley Young, yang bakal diketepikan akibat kecederaan jari kaki.

     United masih menunggu keputusan imbasan keatas kecederaan Young, namun beliau dipertimbangkan untuk tidak diturunkan di Goodison Park. Beliau juga masih belum pasti dapat beraksi dalam perlawanan persahabatan England bertemu Sepanyol dan Belanda bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...