Monday, October 24, 2011

Darren Fletcher - Pemain juga merasai kekecewaan penyokong.

     Darren Fletcher menegaskan kekalahan mengaibkan United kepada seteru setempat City juga dirasai oleh semua pemain sebagaimana para penyokong. Pelawat mendahului 3-0 sebelum Fletcher mengurangkan defisit jaringan untuk memberikan sedikit harapan sembilan minit sebelum tamat masa. Namun harapan terus terkubur apabila City menjaringkan tiga gol dalam masa kecederaan dan memastikan Manchester derby kali ini milik mereka.

      "Kami sedar keputusan seperti ini akan memberi kesan kepada penyokong dan bagaimana mereka akan ke tempat kerja pada Isnin dan mendapat kritikan masing-masing, tetapi pemain juga merasai kekecewaan tersebut. Kami juga tinggal di bandar yang sama dan perlu menghadapinya," kata Fletcher kepada MUTV.


     
     "Tiada sesiapa mahu tewas dengan perbezaan gol seperti hari ini, tetapi anda selalu melihat aspek positif dan katakan anda boleh tewas dengan jaringan yang sama atau 1-0 dan masih dengan mata yang sama (kehilangan tiga mata).

     "Saya berkata kepada pemain lain dalam bilik persalinan selepas perlawanan yang kita perlu ingat bagaimana rasanya untuk tewas perlawanan seperti ini, tetapi untuk ingat tiada medal akan diberikan buat masa ini.

     "Perjalanan masih panjang musim ini. Ia keputusan yang buruk, tetapi tidak bermakna liga sudah berakhir. Kami perlu memberikan tindak balas dan menang perlawanan seterusnya."

     Fletcher juga menyatakan faktor kekurangan pemain apabila Jonny Evans dibuang padang sejurus selepas rehat sebagai titik perubahan besar perlawanan, namun mengakui United begitu naif dalam pendekatan baki perlawanan.

     "Kami terus mencuba untuk memenangi perlawanan apabila difikirkan sangat mustahil. Mungkin kami sedikit naif dan sepatutnya kekal bertahan dan mengelakan dibolosi," beliau menambah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...