Thursday, October 13, 2011

Javier Hernandez tandatangan perjanjian baru dengan United.

     Manchester United telah memberikan Javier Hernandez kontrak baru lima tahun yang dilaporkan bernilai £80,000 seminggu. Penyerang muda Mexico itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid selepas musim pertama yang gemilang di Old Trafford, yang menyaksikan beliau menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan.

     Walaubagaimanapun, beliau yang bergelar Chicharito telah mempersetujui perjanjian baru sekaligus menjadikan beliau antara pemain yang menerima bayaran tertinggi, dan komited dalam jangka masa panjang di United.



     "Kontrak permulaan (musim panas 2010) adalah baik untuk Manchester dan Javier kerana ia membolehkan kedua pihak menilai situasi samada boleh bersama untuk jangka panjang dan untuk beliau (Hernandez) mencapai apa yang telah diharapkan daripada beliau,"  kata agen Eduardo Hernandez.

     "Kedua pihak telah mencapai jangkaan masing-masing dan United gembira untuk memberi ganjaran kepada Javier selepas aksi cemerlang musim lalu.

     "Saya tidak mahu bercakap mengenai nombor, tetapi ia adalah kontrak lima tahun. Ia adalah gaji tetap dengan insentif berasaskan kejayaan pasukan dalam setiap kejohanan berbeza.

     "Javier bukan tidak dibayar dengan setimpal pada kontrak permulaan, tetapi ia adalah kontrak pertamanya, dan dengan hormat, tidak boleh dibandingkan dengan pemain lain seperti Wayne Rooney dan Nani. Namun hari ini saya boleh katakan kontrak telah ditandatangani dan kesemua pihak berpuas hati.

     Berkenaan dikaitkan dengan Real Madrid, agen Hernandez menambah: "Ia tidak mungkin Javier akan meninggalkan United. Perbincangan (kontrak) bermula sedikit masa dulu dan United datang semula dengan tawaran yang lebih baik.

     "Tiada apa yang saya perlu katakan selain memuji cara United menghargai prestasi Javier."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...