Thursday, October 13, 2011

Sejarah saingan Manchester United dengan Liverpool.

     Perlawanan antara Manchester United dan Liverpool adalah salah satu saingan yang ketara dalam bolasepak, kadang-kadang dirujuk sebagai North West derby. Kedua kelab berasal daripada barat laut England dengan kedua-dua bandar Manchester dan Liverpool secara sejarahnya adalah sebahagian daripada daerah Lancashire, justeru ia juga terkenal dengan Lancashire derby.

     Dua kelab ini juga adalah kelab yang paling berjaya dalam sejarah bolasepak England ; memenangi 118 trofi, 60 buat United dan 58 buat Liverpool

Geografi.

 Manchester pada zaman Revolusi Industri
     Persaingan ini boleh dianggap sebagai manifestasi yang telah wujud antara kedua bandar semenjak zaman industri. Pada masa ini kedua kelab bersaingan antara satu sama lain untuk mendapat hak bergelar yang terbaik di barat laut, di mana Manchester terkenal dengan industri pembuatan manakala Liverpool dengan kepentingan pelabuhannya.

      Selepas siapnya Terusan Kapal Manchester, kapal-kapal tidak perlu melalui Liverpool dan membawa barangan terus ke Manchester. Terusan ini merupakan sebuah projek yang sangat berani dan apabila siap pada 1894, ia merupakan terusan buatan manusia terpanjang di dunia. 

Terusan Kapal Manchester

Bandar pelabuhan Liverpool

     Disebabkan kurangnya kapal-kapal melalui pelabuhan Liverpool maka ia sekaligus mengakibatkan kebanyakkan pekerja pelabuhan Liverpool kehilangan pekerjaan dan menimbulkan rasa kebencian kepada penduduk tempatan. Pakar sejarah secara umumnya menganggap ini sebagai insiden utama kenapa wujudnya saingan antara kedua bandar.

     Tambahan pula pada lencana Manchester United terdapat gambar kapal yang melambangkan Terusan Kapal Manchester dan menunjukkan kehebatan perdagangan Manchester. Gambar kapal ini juga digunakan oleh institusi di Manchester yang lain termasuk Majlis Perbandaran Manchester dan seteru setempat Manchester City.

     Semasa lewat 1970an dan 1980an kedua bandar mengalami zaman suram akibat kemerosotan bidang industri. Bagaimana pun keduanya kembali berkembang dan masing-masing mengecap kejayaan, dengan Manchester sekarang dikenali sebagai bandar bertaraf dunia. Terbaru Manchester menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2002 sementara Liverpool diisytihar Ibukota Budaya Eropah pada 2008.


Bolasepak. 

     Kedua kelab ditabal Kelab Terbaik Bolasepak England dengan memenangi lebih 50 trofi utama. Liverpool mendominasi bolasepak England semasa tahun 1970an dan 1980an, merangkul gelaran liga sebelas kali dan Piala Eropah empat kali termasuk kejayaan  treble Juara Liga, Piala Liga dan Piala Eropah tahun 1984.

     Sementara Manchester United mendominasi era 1990an dan 2000an, memenangi gelaran liga untuk rekod dua belas kali, Treble Eropah iaitu Juara Liga, Piala FA dan Piala Eropah pada 1999, dua kejayaan double domestik 1994 dan 1997 juga double Juara liga dan Piala Eropah pada 2008.

     Kedua kelab juga merupakan kelab England yang berjaya dalam saingan Eropah dengan Liverpool 5 kali sementara Manchester United 3 kali. Dengan kejayaan meraih gelaran liga pada musim 2010/11 Manchester United telah mengatasi Liverpool untuk rekod 19 kali dan kelab Anfield itu belum lagi merasai gelaran selepas Liga Perdana diperkenalkan pada 1992.

     Pada 2010 Manchester United memenangi Piala Liga dan membuat rekod baru dengan 33 trofi domestik - satu angka mengatasi saingan Merseyside Liverpool. Sekarang selepas memenangi juara liga Manchester United kini memiliki 34 trofi domestik.

     Saingan antara kedua kelab juga berlarutan kepada pemain-pemain: penyerang Wayne Rooney, hasil daripada akademi seteru setempat Liverpool iaitu Everton menerangkan walaupun beliau berasal dari Liverpool namun dia membesar dengan 'membenci' pasukan The Reds. Kapten Liverpool Steven Gerrard membawa wartawan ke rumahnya untuk melihat koleksi jersi yang ditukar dengan pemain lawan pada setiap perlawanan; menunjukkan tiada satu pun jersi pemain Manchester United dan tidak akan ada dalam koleksinya.

2007

2006
     
    Bekas kapten United Gary Neville yang sebelum ini lantang menyuarakan kebencian terhadap Liverpool:  perlawanan pada Mac 2007 di mana John O'Shea menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit akhir di Anfield, menyifatkan ia sebagai 'impian seumur hidup'. Pada 2006 Neville telah membangkitkan kemarahan penyokong Liverpool apabila meraikan gol Manchester United di hadapan mereka, mencium lencana dan menjerit kata-kata yang berbaur kemarahan.


TrofiManchester UnitedLiverpoolJumlah
Liga191837
Piala FA11718
Piala Liga4711
Community Shield191534
Piala Eropah358
Piala UEFA033
Piala Winner's Cup101
Piala Super Eropah134
Piala Intercontinental101
Piala Kelab Dunia101
Jumlah6058118

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...