Friday, October 14, 2011

Blast from the Past - Pemain yang bermain untuk Manchester United dan Liverpool.

     Saingan yang amat ketara antara dua gergasi bolasepak England ini menjadi begitu sengit hingga sejak perpindahan Phil Chisnall dari United ke Liverpool pada 1964, tiada lagi pemain yang berpindah secara terus antara dua seteru tradisi ini.

     Sesetengah pemain, walaubagaimanapun bermain untuk kedua pasukan, tetapi bermain untuk kelab lain terlebih dahulu, antaranya Paul Ince (Inter Milan), Peter Beardsley (Vancouver Whitecaps dan Newcastle United) dan terbaru Michael Owen (Real Madrid dan Newcastle United).


     Pada 2007, Liverpool membida pertahanan Gabriel Heinze namun United enggan membenarkan pemain Argentina itu menyertai seteru tradisi mereka disebabkan persengketaan yang masih berpanjangan. United menyatakan pihak kelab telah mempersetujui dengan Heinze yang beliau hanya akan menyertai kelab luar negara  sekiranya beliau ingin meninggalkan Old Trafford.

     Heinze membiarkan hasratnya diketahui umum untuk menyertai Liverpool dan para penyokong United menganggap itu sebagai satu pengkhianatan. Para penyokong yang sebelum ini melaungkan 'Argentina' sebagai penghormatan kepada Heinze kini berpaling tadah kepadanya. Heinze akhirnya dijual ke Real Madrid.

     Kita imbas pemain-pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua pasukan.

1. Tom Chorlton.


Liverpool (1904-1912)
Penampilan : 117
Gol : 8

Manchester United (1912-1914)
Penampilan : 4







2. Jackie Sheldon.


Manchester United (1910-1913)
Penampilan : 26
Gol : 1
Kejayaan : Liga Divisyen 1 1910/11

Liverpool ( 1913-1921)
Penampilan : 147
Gol : 20





3. Tom Miller.


Liverpool (1912-1920)
Penampilan : 146
Gol : 56

Manchester United (1920-1921)
Penampilan : 27
Gol : 8




4. Fred Hopkin.

Manchester United (1919-1921)
Penampilan : 74
Gol : 8

Liverpool (1921-1931)
Penampilan : 360
Gol : 12
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1921/22, 1922/23



5. Tommy Reid.

Liverpool (1929)

Manchester United (1929-1931)
Penampilan : 101
Gol : 67

6. Ted Savage.


Liverpool (1931-1938)
Penampilan : 105
Gol : 2

Manchester United (1937-1938)
Penampilan : 5







7. Allenby Chilton.


Liverpool (1938)

Manchester United (1938-1955)
Penampilan : 391
Gol : 3
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1951/52, Piala FA 1948




8. Thomas McNulty.

Manchester United (1949-1954)
Penampilan : 59
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1951/52

Liverpool (1954)





9. Phil Chisnall.


Manchester United (1959-1964)
Penampilan : 47
Gol : 10

Liverpool (1964-1967)
Penampilan : 8
Gol : 2






10. Peter Beardsley.

Manchester United (1982-1983)
Penampilan : 1

Liverpool (1987-1991)
Penampilan : 131
Gol : 46
Kejayaan : Liga Divisyen Satu 1987/88, 1989/90, Piala FA 1989, Charity Shield 1988, 1989, 1990.



11. Paul Ince.

Manchester United (1989-1995)
Penampilan : 281
Gol : 29
Kejayaan : Liga Perdana 1992/93, 1993/94, Piala FA 1990, 1994, Piala Liga 1992, Charity Shield 1990, 1993, 1994, European Cup Winner's Cup 1991, European Super Cup 1991.

Liverpool (1997-1999)
Penampilan : 65
Gol : 14




12. Michael Owen.

Liverpool (1996-2004)
Penampilan : 216
Gol : 118
Kejayaan : Piala FA 2001, Piala Liga 2001, 2003, Community Shield 2001, UEFA Cup 2001, UEFA Super Cup 2001

Manchester United (2009-sekarang)
Penampilan : 50
Gol : 16
Kejayaan : Liga Perdana 2010/11, Piala Liga 2010, Community Shield 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...