Wednesday, October 12, 2011

Nemanja Vidic dan Tom Cleverley bersedia menghadapi Liverpool.

     Manchester United bakal menurunkan Nemanja Vidic dan Tom Cleverley pada pertemuan Sabtu ini menentang Liverpool di Anfield.

     Kapten United itu tidak dapat beraksi sejak kemenangan perlawanan pembukaan musim menentang West Brom akibat kecederaan otot betis.

     Pemain 29 tahun itu menunjukan kemajuan dalam usaha kembali beraksi dengan staff kejurulatihan United minggu lalu, dan tersenarai dalam pasukan Serbia yang tewas 1-0 kepada Slovenia malam tadi.


    
     Ini meletakan pertahanan tengah itu dalam laluan untuk kembali dalam kesebelasan utama United menentang seteru tradisi Liverpool.
    
     Namun, seorang lagi pemain iaitu Tom Cleverley - yang cedera akibat ligamen kaki pada kemenangan   5-0 keatas Bolton - benar-benar menjadi ujian buat pasukan perubatan United.

     Ketiadaan Vidic di bahagian tengah pertahanan jelas ditonjolkan pada keputusan seri ketika dalam perlawanan laman sendiri menentang Basel apabila United bolos tiga gol selepas mendahului 2-0.

     Tetapi dengan kehadiran Cleverley di bahagian midfield, ia satu bonus kerana pemain 22 tahun itu memulakan musim dengan prestasi hebat dan hampir tersenarai dalam pasukan England.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...