Sunday, October 30, 2011

Alex Ferguson puji kemenangan berharga ke atas Everton.

     Selepas menyaksikan semangat juang dan ketabahan pasukannya, Sir Alex Ferguson gembira dengan kemenangan United di Goodison Park.

     Selain daripada sepakan percuma daripada Leighton Baines yang mengegarkan palang gol pelawat, Everton jarang sekali kelihatan seperti mahu memecahkan kekebalan kubu pertahanan United dan Javier Hernandez sekali lagi mempamerkan aksi berkualiti untuk memastikan tiga mata buat United.

     "Ia satu perlawanan yang sukar," kata Sir Alex kepada MUTV. "Kami jangkakan pelawanan yang sukar setiap kali kami datang ke Everton. Penyokong (Everton) sentiasa di belakang pasukan mereka dan menunjukan semangat yang besar.

     "Dalam separuh masa pertama kami bermain dengan baik, sangat baik. Separuh masa kedua kami bertahan dengan baik dan ia merupakan aspek yang menggembirakan buat saya. Menang 1-0 - Saya terima kemenangan seperti ini bila-bila masa kerana itu adalah aksi juara sekiranya anda mampu dapatkan keputusan ketika bermain di bawah prestasi sebenar.

     "Mereka tidak bernasib baik apabila terkena palang, ia adalah sepakan percuma (Leighton Baines) yang hebat, kami sebaliknya bernasib baik. David (de Gea) tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya.

     Dengan keputusan minggu lalu (tewas 6-1 kepada City) yang mendedahkan kelemahan pertahanan United masih segar dalam memori, Sir Alex memastikan teras kekuatan pertahanan dengan kecemerlangan kapten Nemanja Vidic dan Wayne Rooney yang beraksi di tengah.

     "Ia adalah aksi hebat daripada beliau (Vidic)," tambah Sir Alex. "Setiap kali bola datang pastinya beliau akan mengeluarkan daripada kawasan bahaya, dan itu kelebihannya: keupayaan tandukan yang hebat. Itu adalah tunjang kejayaan kami hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...