Saturday, October 29, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Everton.

     Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik.

5. Everton vs Manchester United 2-3, 09 Sep 1995, Liga Perdana, Goodison Park.

     Pertemuan pertama selepas perlawanan akhir Piala FA 1995 - ditambah dengan keseronakan para penyokong Goodison Park menyaksikan penampilan pertama Andrei Kanchelskis yang dibeli dengan £5juta dari United.

     Ia bagaimanapun mengecewakan dengan gol seawal minit ketiga Lee Sharpe. Sebelas minit berselang Kanchelskis terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan bahu. Anders Limpar menyamakan kedudukan pada minit ke 27. Namun selepas separuh masa kedua bermula Sharpe kembali meletakan United di depan selepas gandingan cantik Paul Scholes dan Andy Cole.


     Everton kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 55 apabila sepakan chip Limpar hasil daripada sepakan percuma terkena palang dan disudahkan oleh Rideout. Pemain gantian Ryan Giggs memberikan kemenangan kepada United pada minit ke 74 sejurus sebelum David Unsworth dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

4. Manchester United vs Everton 1-0, 18 Mei 1985, Akhir Piala FA, Wembley.

     Everton dalam laluan untuk bergelar juara treble namun United mempunyai idea sebaliknya. United yang di bawah Ron Atkinson terlebih dahulu menyingkirkan Liverpool pada separuh akhir tetapi kekal bukan pilihan di Wembley.

     Pengadil Peter Willis melayangkan kad merah kepada pertahanan United Kevin Moran selepas mengasari Peter Reid. Everton jelas kelihatan lesu selepas kejayaan dalam European Cup Winners Cup pertengahan minggu dan United walaupun dengan 10 pemain masih menghidu peluang dengan perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan.

     Ia adalah detik penuh magik hadir apabila Norman Whiteside melencongkan bola daripada sayap kanan untuk menewaskan penjaga gol Neville Southall dan memberikan kejayaan manis buat United.


3. Manchester United vs Everton 0-1, 20 Mei 1995, Akhir Piala FA, Wembley.

     Sepuluh tahun berselang kedua pasukan sekali lagi bertemu di Wembley. Rekod United tidak pernah tewas dalam perlawanan akhir selepas 1979 kepada Arsenal dan setelah terlepas gelaran liga kepada Blackburn, ini peluang terakhir United mendapatkan trofi musim ini.

     Everton di bawah kendalian Joe Royle sebaliknya menganggap perlawanan ini peluang terbaik dan di depan hasil tandukan Paul Rideout yang terkena palang sebelum melantun masuk ke dalam gawang. United berterusan menyerang namun selain daripada cubaan Mark Hughes yang diselamatkan Neville Southall United kelihatan tidak mampu menjaringkan gol.

     Pasukan Merseysiders itu telah mengalami beberapa tahun yang mengecewakan, terselamat daripada tersingkir pada musim sebelumnya, tetapi mereka merangkul trofi pertama selepas gelaran liga 1987. Selepas kekalahan tersebut Sir Alex menjual beberapa pemain termasuk Mark Hughes dan Paul Ince.

2. Everton vs Manchester United 3-3, 11 Sep 2010, Liga Perdana, Goodison Park.

     Everton membuat kebangkitan menakjubkan apabila menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan untuk menafikan kemenangan United selepas Sir Alex tidak menurunkan Wayne Rooney di Goodison Park.

     United kelihatan bakal pulang dengan tiga mata mudah dalam perlawanan ke 700 Sir Alex dalam Liga Perdana sungguhpun ketiadaan Rooney dengan kelebihan dua gol ketika perlawanan masuk ke masa tambahan.

     Everton sebaliknya terus mengasak dan berhasil menjaringkan gol menerusi tandukan Tim Cahill. Pertahanan United tiba-tiba goyah dan ini diambil kesempatan Everton dengan gol penyamaan oleh Mikel Arteta dan mencetuskan sorakan besar daripada penyokong Everton.

1. Everton vs Manchester United 2-4, 28 Apr 2007, Liga Perdana, Goodison Park.   

     United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan tuan rumah Everton dan meletakan mereka lima mata di depan dalam saingan merebut gelaran liga.

     Everton mendahului apabila sepakan percuma Alan Stubbs terkena Michael Carrick lalu menerjah jaring. Nasib jelas tidak menyebelahi pelawat apabila pada minit ke 50 Manuel Fernandes merembat masuk ke penjuru kanan gol untuk gol kedua.

     John O'Shea mengurangkan defisit jaringan selepas kesilapan penjaga gol Everton Iain Turner. Gol sendiri bekas pemain United yang juga kapten Everton menyamakan jaringan sebelum Wayne Rooney meletakan United di depan buat pertama kali dan Chris Eagles melengkapkan kebangkitan United dan mengukuhkan status pilihan untuk bergelar juara liga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...