Monday, October 31, 2011

Ole Gunnar Solskjaer memenangi gelaran juara liga Norway.

     Ole Gunnar Solskjaer telah merangkul gelaran juara liga Norway dalam tahun pertamanya dalam bidang pengurusan di kelab yang beliau pernah bermain suatu masa dulu iaitu Molde FK.

     Kelab yang berusia 100 tahun ini ditubuhkan pada 19 Jun 1911, dan sudah pastinya tiada siapa pernah mendengar mengenainya hinggalah mereka menjual Solskjaer pada 1996 yang berusia 23 tahun waktu itu.

     Selepas mengumukan persaraan pada 2007, Solskjaer diberikan tanggungjawab mengemudi pasukan simpanan United. Dalam masa dua setengah tahun memegang jawatan tersebut, pasukannya telah bergelar juara England, juara Liga Utara dan juga memenangi Piala Senior Manchester dan Lancashire.

     Semasa tempoh inilah beliau ditawarkan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Norway, menggantikan bekas pengurusnya di Molde Åge Hareide, yang mana beliau menolak untuk kekal bersama United. Apabila tawaran datang untuk kembali ke Molde, Solskjaer tidak dapat menolak keinginannya dan tiada seorang pun penyokong United perlu iri hati atau mendendam apabila beliau mengambil peluang tersebut, walaupun semua orang mahu beliau kekal di United.

     Molde sebelum ini tidak pernah memenangi gelaran liga walaupun telah menjadi naib juara sebanyak tujuh kali. Musim lalu mereka menamatkan musim di tempat ke 11 daripada 16 pasukan, 28 mata di belakang juara Rosenburg. Solskjaer telah mengubah kelab ini dan memenangi gelaran liga dengan baki dua lagi perlawanan.

     Ini pastinya akan membuatkan ramai pihak akan memanggil Solskjaer kembali ke United, ataupun mana-mana kelab lain dalam Liga Perdana. Dengan usia baru menjangkau 38, beliau tidak perlu terburu-buru untuk mengambil peluang yang lebih besar. Bukan sekadar bergelar juara, Molde berpeluang untuk beraksi dalam Champions League, dan melalui kelayakan pusingan kedua musim depan. 

     Sangat luar biasa untuk beliau membimbing kelab kecil Norway ini, yang mempunyai peranan besar dalam perjalanan karier bolasepaknya, dan membawa mereka bersaing dalam liga elit Eropah. Adalah diharapkan suatu hari nanti beliau akan kembali ke United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...